Hiburan By: SGMS Faida May 7, 2019 @ 11:34am

Bengang Dengan Bekas Suami, Ezlyn Bagi Amaran Bayar Hutang!

Penyanyi Ezlyn Ariffin mendedahkan bekas suaminya, Adam Fahmy Shamsudin masih berhutang sebanyak RM23,642.

Pendedahan itu dibuat Ezlyn di laman sosial Instagram miliknya, malam semalam.

“Sila bayar hutang yang awak hutang saya. Jangan tak mengaku bila orang suruh bayar. Jangan tuduh orang lain yang hutang awak pula.

“Kalau awak nak jual rumah ini, bayar dulu bil-bil tertunggak yang awak tinggalkan dulu,” tulisnya.

Ezlyn mendakwa jumlah hutang itu termasuk servis berjumlah RM13,000, bil elektrik RM4,000 dan semua hasil kerjanya sejak 11 tahun lalu.

“Pulangkan dulu hak aku barulah kau ada hak dalam hasil jualan rumah ini, mengerti?

“Tolong sampaikan pesanan ini kepada si polan sebab si polan ‘block’ saya,” dedahnya lagi.

Dia turut mendedahkan Adam seolah sengaja menuduh pelakon Siti Saleha pula yang berhutang dengan Ezlyn, bukan dirinya.

“Dia boleh tuduh Siti Saleha pula, kesian ‘budak’ itu tak pasal-pasal kena,” kata Ezlyn lagi.

Beberapa rakan penyanyi turut mendedahkan mereka juga gagal menghubungi Adam malah mendakwa nombor mereka turut disekat oleh Adam.

Ezlynn mendirikan rumah tangga dengan Adam Fahmy yang juga bekas pengurus peribadinya pada 20 November 2011 namun bercerai pada Oktober 2017.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sat, 18 Nov 2023
Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Hiburan Mon, 12 Sep 2022
Featured Tue, 4 Apr 2023
Trending Sat, 5 Dec 2020
Featured Fri, 21 Jan 2022