Berang Netizen Kritik Suara Sumbang Hingga Kaitkan Isu B*nuh Diri, Gaya Percakapan The Gadys Pula Dikritik ‘Kekwat’

Kumpulan penyanyi wanita, The Gadys meluahkan rasa kesal apabila menerima kritikan melampau netizen sehingga melibatkan isu masalah mental dan b*nuh diri.

Menerusi video teaser sesi temu bual The Gadys dan portal hiburan, dua dari tiga anggota kumpulan itu tidak bersetuju apabila mereka mengaitkan isu sensitif tersebut gara-gara nyanyian sumbang mereka dalam acara baru-baru ini.

Jelas Ayunie Nadrah, mereka menjalani latihan selama seminggu sebelum tampil menyanyikan lagu Cintaku Sampai Ke Ethiophia secara langsung.

“Masa training seminggu sebelum persembahan semua okay. Sumbang je nak kena kaitkan dengan bunuh diri,” katanya.

Manakala menurut Aznie Azmi pula, dia tidak kisah sekiranya netizen mengkritik vokal sumbang mereka, namun tidak perlu sampai melibatkan masalah mental.

“Ada yang teruk sampai kata ‘suara tak sedap boleh pergi mamp*s{‘.

“Are you really want us to go die? But tak kisah korang nak cakap pasal suara ke, we don’t mind at all.

“Jangan cakap pasal mental health sampai macam tu,” selarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, kenyataan The Gadys ini menimbulkan persepsi negatif netizen yang menganggap gaya percakapan mereka seakan bongkak dan ‘kekwat’.

Ada juga yang berkata The Gadys seolah-olah tidak dapat menerima kritikan netizen.

Sebelum ini, The Gadys hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas persembahan lagu Fujiyama dikatakan’ sumbang’.

Artikel Berkaitan: Mokhzani Ismail Beri Respons Isu The Gadys Nyanyi Sumbang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nyanyian Sumbang, The Gadys Teruk Dikecam Netizen – “Dah Macam Nyanyi Kat Karaoke Jamban” 

Aqilah Paharuzi