Berat Badan Naik 10 Kg, Netizen Usik Watie Makin Bahagia – “Nak Salahkan Siapa Sebenarnya Ni?”

Perkongsian terkini usahawan yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelawak Shuib, Watie Hanifiah mencuri perhatian ramai.

Berdasarkan hantaran tersebut, Watie memuat naik gambarnya selesai menikmati sarapan di sebuah restoran dan berpakaian baju merah putih.

Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah kapsyennya yang mengatakan berat badannya meningkat sebanyak 10 kilogram (kg) dari 58 kg kepada 68 kg.

“From 58 kg to 68 kg. Nak salahkan siapa sebenarnya ni,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memetik nama Shuib kerana dipercayai telah menjadi punca berat badan Watie naik selain berbahagia disampingnya.

Bagaimanpun, Watie tidak mengendahkan komen-komen netizen yang tidak henti menyebut nama bapa anak empat itu.

Sebelum ini, Shuib tidak menafikan telah hadir menonton konsert 25 tahun Lah Ahmad bersama Watie dan berpakaian sedondon.

Dalam pada itu, Shuib berharap agar netizen berhenti mengkritik Watie dan menyerahkan urusan jodoh kepada ibunya sahaja.

Artikel Berkaitan: Hadir Konsert Bersama Shuib, Netizen Masih ‘Bitter’ Dengan Watie?

Artikel Berkaitan: “Mak Saya Yang Menilai & Zalim Kalau Saya Tak…” – Akui Selesa Bersama, Shuib Mohon Usah Banding Watie

Artikel Berkaitan: “Takkan Nak Murung Sepanjang Hidup, Lelaki Tak Boleh Tahan Lama-Lama…” – Zarina Zainuddin Sokong Shuib Kahwin Lagi

Aqilah Paharuzi