Berat Badan Turun 18 Kilogram, Punca Fasha Sandha Makin Seksi?

Aktres jelita, Fasha Sandha menolak dakwaan kononnya dia semakin seksi selepas berjaya menurunkan berat badannya sehingga 18 kilogram (kg).

Katanya, dia hanya memakai semula pakaian lama miliknya sebelum berat badannya bertambah.

“Orang nampak kelainan kerana baju lama saya sudah muat balik.

“Mungkin karakter saya sebagai Datin Safia iaitu seorang yang ‘daring’. Masa saya bulat dahulu pun, saya masih sama, cuma orang tidak perasan,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha memaklumkan, dia dan suami yang juga pelakon Aidil Aziz bercadang mahu menambah zuriat keempat pada tahun hadapan memandangkan tahun ini dia sangat sibuk dengan aktiviti penggambaran.

“Suami sebenarnya nak sangat anak lelaki, supaya anak-anak jadi dua pasang.

“Insya-Allah, saya merancang menambah seorang lagi cahaya mata pada tahun depan. Suami minta tahun ni, tapi komitmen tidak membenarkan saya untuk hamil.

“Saya sudah ada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki, jadi eloklah jika kami menambah seorang lagi anak bayi lelaki,” jelasnya.

Sebelum ini, aktres drama rantaian Rampas Cintaku itu dikiritik gara-gara memakai baju berlengan panjang jenis crop top yang jelas memperlihatkan pinggangnya yang ramping sehingga telah menarik perhatian pengikutnya di laman TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN:Hilang 18 Kilogram, Rupanya Teguran Penerbit Buat Fasha Sandha Nekad Kurus – “Saya Meraung, Takut Nak Makan Biskut Cicah Milo”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Dikritik Pakai Baju Crop Top Nampak Perut, Netizen Backup Fasha Sandha – “Dia Pakai Inner Warna Kulit”

 

Sumber: Berita Harian

Salma Syahbuddin