Sebelum ini, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 dan kemudiannya dengan Datuk Shahrin Zahari pada 2007 di mana mereka dikurniakan seorang anak, Nessa Helena. 

Perkahwinan ketiga Natasha bersama penyanyi hip hop Khalid Kamal atau dikenali sebagai Carleed Khaza adalah yang paling lama bertahan. Mereka bernikah pada 2012 dan bercerai pada Oktober 2018. Hasil dari perkahwinan ketiganya itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah.

Walaupun perkahwinan keempatnya gagal,  Natasha masih boleh bersikap positif dengan statusnya itu.  Baru-baru ini, Tengku Bib, bekas suami kepada Tengku Chanela Jamidah, yang juga merupakan teman rapat Natasha dari zaman kecil, memuatnaik foto mereka dengan hashtag #HusbandNumber5.  Ada apa-apa ke ni?