‘Berdebar Tapi…’- Elfira Loy Takut Nak Ke Hospital?

Pelakon Elfira Loy masih belum memutuskan lokasi hospital pilihan bagi urusan melahirkan anak pertamanya nanti.

Kata Elfira ketika ditemui Xtra, dia juga baru sahaja memulakan pencarian barangan bayi.

“ Memandangkan anak pertama, saya dan suami memang teruja cuma masih belum dapat hospital yang bakal dituju.

“ Jujurnya saya seorang yang penakut untuk ke hospital. Pemeriksaan bulanan saya lakukan di klinik swasta. Tengok macam mana nanti, mungkin ke hospital berdekatan rumah,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran stroller ‘Bugaboo Ant’ di Happikiddo, The Gardens, Kuala Lumpur.

Kata pelakon berusia 25 tahun ini juga, dia banyak menghabiskan masa berehat di rumah dan tidak menerima sebarang tawaran berlakon buat masa ini.

“ Saya banyak tinggal dan buat kerja dari rumah sahaja. Kali terakhir masuk set penggambaran pada Mac lalu.

“ Saya mahu lakukan persiapan fizikal dan mental sebelum bergelar seorang ibu tidak lama lagi.

“ Banyak juga minta tips dari ibu dan doktor sebagai persediaan melahirkan. Ini kerana beberapa kenalan rapat saya masih belum melalui pengalaman melahirkan. Doakan agar urusan melahirkan dipermudahkanNya kelak,” katanya dijangka melahirkan anak pada awal bulan Oktober depan.

Ketika ini Elfira masih sebuk menjalankan tugasan sebagai tetamu kempen beberapa produk di mana sebelum ini beliau juga tampil memperkenalkan telefon jenama OPPO Rena dalam rona ‘Sunset Rose’ yang berharga RM1,999.

Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019.

SGMS Fas