Hiburan By: SGMS Faida June 17, 2018 @ 5:35pm

Berdepan Masalah Kemurungan, Haqiem Rusli Dah Nak Bersara?

Penyanyi popular Haqiem Rusli memuat naik status di laman Instagramnya seolah-olah memberi bayangan bahawa dia bakal meninggalkan industri seni tak lama lagi.

Sudah tentu hal ini mengejutkan orang ramai terutama peminatnya. Namun begitu, finalis Anugerah Juara Lagu ke 32 ini memberitahu keputusan hanya akan diumumkan pada Julai nanti.

“Pengumuman penting kepada semua, dah lama saya tunggu saat ini dalam keadaan sekarang serta waktu yang tepat.

“Saya ingin memberitahu tentang posisi saya dalam industri muzik, BERHENTI atau TIDAK pada AWAL BULAN JULAI saya akan memberi jawapan sepenuhnya,” tulisnya di Instagram.

Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 21 menulis sepanjang bergelar selebriti, dia banyak berdepan keperitan dan tiada siapa dapat memahami keperitan dilaluinya.

Malah apa yang lebih menyukarkan dirinya untuk meneruskan karier dalam nyanyian adalah masalah kemurungan yang dihadapinya sejak awal tahun ini.

“Banyak perkara yang berlaku apabila saya di dalam industri muzik, mereka yang bercakap senang tapi saya yang rasa sakit dan perit.

“Kepada qiemilio jangan marah saya, sila faham keadaan saya dan anda pun tahu saya mengalami kemurungan sejak awal tahun dan ia terus berlaku sampai ke hari ini, bukan murung saja macam-macam lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Haqiem juga memberitahu buat masa kini dia berehat menggunakan media sosial selain kemungkinan akan membuat persembahan terakhir pada 24 Jun depan di Ipoh, Perak.

Pelantun Tergantung Sepi ini berharap peminatnya memahami keadaannya ketika ini.

“Buat masa sekarang saya mahu berehat dari media sosial dan pada 24 jun saya akan hadirkan diri membuat persembahan di Ipoh.

“Mungkin ia akan menjadi persembahan terakhir saya sebagai seorang penyanyi kerana 70 peratus sudah diri saya mengatakan ia, tapi apa-apa boleh berlaku.

“Keluarga serta FMC sudah memberi saya  tempoh rehat dan berfikir hingga habis bulan Jun. Keputusan akan diberitahu,” katanya.

Haqiem juga pernah meluahkan rasa di Twitter yang menggambarkan dirinya agak kecewa dan akan berhenti menyanyi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Sufian Suhaimi Tampil Jawab Isu Gambar Intim

Jangan cepat melatah wahai peminat-peminat Sufian Suhaimi!

Hiburan Wed, 17 May 2023
Events Wed, 18 Apr 2018

Pulau ‘Is Too Mainstream’, Percutian Sungai ‘Is The New Trend’!

Pilihan penginapan 3 hari 2 malam di pinggiran Sungai Kinabatangan nyata memacu adrenalin sang pengembara tegar seperti anda dan xtra senaraikan 5 sebab anda WAJIB opted percutian Sungai ini, dan lupakan pelancongan mainstream ke Pulau, serius!

Events Fri, 4 Oct 2019

Meriah! 400 Ribu Pengunjung Gegar Karnival Jom Heboh Pulau Pinang

Meriah Betul Karnival Jom Heboh Pinang ni kan!

Hiburan Fri, 21 Dec 2018

李佩玲「攻顶」开唱!突破自我邀千人共度跨年夜

时隔半年,李佩玲终于要展开个人巡演的第二站啦!

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

《妈姐》夺「首尔国际电视节」评审特别奖

2017年ntv7台庆剧《妈姐》荣获第13届《首尔国际电视节》“评审特别奖”!

Featured Wed, 14 Dec 2022