Hiburan By: SGMS Faida December 17, 2019 @ 9:00am

Berdepan Masalah Teknikal, Konsert Repvblik and Friends Batal

Penganjur A Loud Nation selaku penganjur Konsert Repvblik and Friends memaklumkan konsert berkenaan terpaksa dibatalkan atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

 “Dengan rendah hati, kami di A Loud Nation ingin memaklumkan bahawa Konsert Repvblik & Friends Malaysia Tour 2019 yang akan diadakan di KL Live Kuala Lumpur pada 20 Disember ini dibatalkan. 

“Ini adalah kerana beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Kepada pembeli tiket konsert, proses bayaran balik akan bermula minggu hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihaknya turut memohon maaf kepada semua pihak kerana bersabar dan menunggu penjelasan rasmi daripada penganjur.

Kumpulan yang popular dengan lagu Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga itu dianggotai Ruri selaku vokalis, Hexa (gitar), Lavy (bass), Ei (gitar), Tyar (keyboard) dan Alif (dram).

Sepatutnya konsert terbabit bakal menyaksikan persembahan penyanyi Andmesh yang terkenal dengan lagu Cinta Luar Biasa dan Floor 88.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Dec 2021

Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Badrul Muhayat Didakwa Bawa Lari Anak-Anak

Seorang wanita yang dikenali sebagai Julia Ma’wa memberitahu di sebuah hantaran Facebook miliknya bahawa bekas suaminya yang merupakan pelakon drama tempatan, Badrul Muhayat telah melarikan anak-anaknya. Julia menerusi hantaran itu menjelaskan terdapat kesan umpil di […]

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Wed, 6 Nov 2019

Selepas Ironman, Alif Satar Dinobat Personaliti Tahun 2019!

Apa saja yang Alif Satar tak mampu lakukan?

Hiburan Sat, 12 May 2018

Senyum Lebar Buku Laris Terjual 3000 Naskhah

Cetakan pertama terjual lebih 3,000 naskah betul ke?

Featured Thu, 17 Nov 2022

“Saya Belajar Nak Jadi Baik” – Lisa Surihani Akui Penghijrahan Berdepan Pelbagai Dugaan

Pelakon cantik, Datin Lisa Surihani yang kini tampil dengan penampilan lebih sopan mengakui tidak mudah untuk kekal istiqamah. @pendosahijrahhh ❤️❤️❤️ #lisasurihani #muhasabahdiri #pendosa #majlisilmu #fakirilmu #hijrah ♬ Sang Dewi Cover by Igan Andhika – Igan […]

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Filem Sun, 28 Aug 2022
Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Here’s a Special Playlist of Everything Dua Lipa and BLACKPINK

It was inspired by their latest collaboration.