Featured By: Attiqah Mohd September 13, 2021 @ 4:42pm

Bergambar Bersama Kereta Mewah Ford GT, Hadiah Peribadi TMJ Buat The Pocket Rocket Man Undang Spekulasi Ramai

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan ganjaran kepada  kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man di atas pencapaiannya di Sukan Olimpik 2022.

Namun, sebuah foto Azizulhasni bergambar bersama supercar Ford GT menjadi  tanda tanya dalam kalangan peminat sukan tanah air.

Timbul andaian bahawa TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menghadiahkan sebuah ‘supercar’ kepada Azizulhasni.

Andaian itu dibuat sesetengah pihak dengan hanya melihat Azizulhasni yang dikenali senagai ‘The Pocket Rocketman’ bergambar bersama kereta Ford GT milik TMJ, baru-baru ini.

Namun, ada juga yang bersikap lebih positif dengan menganggap agak mustahil untuk TMJ menghadiahkan koleksi kereta kesayangannya kepada Azizulhasni.

Menurut laporan beberapa portal, kereta Ford GT itu dipandu TMJ ketika menerima mengadap pelumba basikal trek profesional itu di ibu pejabat JDT.

Berdasarkan status di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Selasa lalu juga tidak mendedahkan apa bentuk ganjaran peribadi yang dikurniakan oleh TMJ atas pencapaian Azizulhasni di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini.

Azizulhasni dalam hantaran di Facebook miliknya pada hari yang sama hanya berterima kasih atas kurniaan ganjaran peribadi daripada TMJ dan turut tidak mendedahkan mengenai hadiah yang diterimanya.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 May 2023
Trending Sun, 15 Jul 2018

Tahniah! Perancis Juara Piala Dunia 2018

Perancis mengulangi sejarah 20 tahun lalu apabila sekali lagi muncul sebagai Juara Piala Dunia 2018. Terbaiklah!

Trending Wed, 30 Jun 2021
Hiburan Wed, 8 Aug 2018

Kenapa Filem Winnie The Pooh ‘Haram’ Di China?

Beruang penggemar madu itu juga dilaporkan menjadi ‘bahan’ oleh pihak pembangkang dan digunakan sebagai simbol penentangan. Atas sebab itu, kerajaan di Beijing juga menapis imej dalam talian Winnie the Pooh.

Featured Thu, 21 May 2020

Bukan sahaja diarah berpatah balik, malah dikenakan kompaun serta-merta!

Kerajaan bimbang penularan wabak COVID-19 kembali rancak

Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Cinta Sharnaaz Ahmad Kembali Bertaut?

Mungkinkah ada sinar bahagia…?

Hiburan Fri, 30 Dec 2022
Hiburan Wed, 19 Dec 2018

‘Kilang Komedi’ Terima Respon Positif Peminat

Di The Joke Factory juga, kami ada slot khas dipanggil segmen Gelak Gelita iaitu pelawak Melayu yang mengetengahkan bakat mereka. Segmen ini diadakan setiap Isnin pada jam 8.30 malam.

error: Content is protected !!