Hiburan By: Padin March 24, 2023 @ 8:00pm

Bergerak Solo, Syida Melvin Gaduh Dengan Adik Beradik? – “Tidak Mungkinlah Kami Akan…”

Pelakon Syida Melvin memberanikan diri bergerak solo tanpa adik-beradiknya, Syifa, Syatilla dan Syafiqa Melvin.

Menurut Syida, 25, keputusannya untuk bergerak sendirian mencuba perniagaan baharu tidak bermakna terdapat sebarang isu antaranya dengan adik-beradik yang lain.

Malah, The Melvins secara terbuka menyokong usahanya untuk memulakan perniagaan baru berasaskan minuman iaitu Madani Coffee.

“Tidak mungkinlah kami akan bergaduh hanya kerana saya keluarkan produk lain. Lagipun kami telah berjanji jika sesiapa mahu menceburi perniagaan lain pastikan bukan perniagaan kosmetik.

“Dari awal lagi ketika baru hendak membangunkan perniagaan kopi itu, merekalah penyokong kuat saya. Tanpa mereka tidak mungkin saya berani untuk mencabar diri melakukan sesuatu yang baharu,” tutur Syida.

Tambah wanita jelita yang pernah membintangi drama BFF (Best Friends Forever) dan Rindu Bertamu di Abu Dhabi ini, dia mahu mencabar diri dengan memulakan perniagaan sendiri.

“Alhamdulillah, bekerja dengan adik-beradik sebelum ini banyak mengajar saya dalam menguruskan perniagaan. Pengalaman tersebut membuatkan saya yakin untuk menceburi bidang perniagaan baru secara sendiri.

“Saya mengusahakan produk ini bersama suami, Shafiq Shaheen dan kami juga ingin membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen.

“Ia datang dengan perisa Caramel Macchiato itu dijual pada harga RM49 sepaket dan berbeza dengan produk minuman yang lain kerana mengandungi khasiat buat penggemar kopi.

“Antara kandungan dalam produk ini adalah, habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa), probiotik , fiber sitrus dan biji kopi premium 100 peratus arabika.

“Jadi, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang sangat rendah,” kata Syida.

Bercakap lebih lanjut tentang perancangan perniagaannya, Syida menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee pada tahun pertama.

Info lanjut, boleh hubungi 011 1149 7845 dan layari TikTok dan Instagram Madanicoffee_hq atau ke page Facebook Madani Coffee HQ.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Nov 2018

Jari Manis Disarung Cincin, Raja Ilya Dilamar Ahli Perniagaan

Berita baik itu dikongsi Raja Ilya menerusi gambar jari manisnya disarung cincin apabila dilamar kekasih.

Featured Wed, 10 Aug 2022

[VIDEO] Alif Hadi & Yasmin Hani Rancang Nikah Hujung Tahun Ini – “Kalau Boleh Nak Cepatkan”

Alahai comellll je pasangan ni! Masing masing so lovey dovey gituuuu

Trending Sun, 12 Jun 2022

Dapat Bekalan Dari Bekas Suami, Wanita Ambil Dadah Kerana Obses Nak Kurus

Ambil dadah sebab nak kurus, akhirnya wanita ini jadi ketagih.

Featured Tue, 10 May 2022
Hiburan Mon, 8 Oct 2018

旦增尼玛夺总冠军!李健成新科冠军导师

经过导师帮唱及个人独唱的激烈争夺,李健战队的旦增尼玛战胜哈林战队的黎真吾,脱颖而出夺得2018《中国好声音》的年度总冠军,李健成为本季「好声音」冠军导师。

Trending Wed, 15 Jul 2020
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Bengang Punya Pasal, Aziz M Osman Label Netizen ‘Bodoh Sombong’?

Dah ada yang halal, yang haram jugak korang nak kan?

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Did You Know About Seo In Guk’s Birth Secret?

He found out the same day everyone else did.

Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Thu, 13 Apr 2023

Pamungkas Kembali Temui Peminat Di Malaysia Mei Ini

Peminat pamungkas dah boleh get ready beli tiket

| Live TV