Hiburan By: Fatin Nurain April 5, 2023 @ 1:00pm

Berguru Dengan Ogy Ahmad Daud, Lakonan Tya Arifin Dipuji

Usahawan dan pelakon Tya Arifin tampil meluahkan rasa terujanya dapat menimba banyak ilmu lakonan bersama aktres lagenda, Ogy Ahmad Daud.

Perkara tersebut telah didedahkan menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Tya turut berkongsi potongan scene dirinya ditampar oleh Ogy menerusi drama gandingan mereka yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Menurut Tya, dia berpuas hati dengan hasil karyanya menerusi drama tersebut lebih-lebih lagi dapat berguru dengan pelakon itu.

“Banyak ilmu yang saya belajar masa shooting bersama Kak Ogy untuk menjiwai watak Azura. Insya-Allah untuk drama kali ini, saya akan beri hasil karya yang terbaik dengan gandingan bersama pelakon senior Kak Ogy.

“Kena tampar, kena pukul. Kadang-kadang kita sudah cuba yang terbaik untuk mengambil hati. Tapi terkadang manusia susah untuk menghargai. Nantikan full drama gandingan bersama Kak Ogy pada 14/4/2023,” tulisnya.

@tyaarifinnw Kena tampar,kena pukul😭 Kadang-kadang kita sudah cuba yang terbaik untuk mengambil hati…tapi terkadang manusia susah untuk menghargai… Nantikan full drama gandingan bersama kak ogy pada 14/04/2023 #fyp #tyaarifin #pukul #drama #raya #ogyahmaddaud #kakogy #viral #shooting ♬ Muhasabah Cinta – Anisa Rahman

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya memuji cara lakonan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tya Arifin Kena Marah Di Set Penggambaran Gara-Gara Tak Fasih Bahasa Melayu – “Saya Okay, Cuma Kalau Boleh…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Aug 2022

Diminta Pergi Mamp*s Gara-Gara Tanggalkan Hijab, Ini Respons Elyana

Kita doakan yang baik-baik jelah…. Don’t judge!🥱

Trending Sun, 20 Dec 2020
Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Nana Tolak Lamaran Jadi Isteri Kedua

Nana berharap pendapat peribadinya tidak disalah erti atau mengguris perasaan insan lain kerana ia bukan ditujukan kepada sesiapa, sebaliknya hanya untuk diri sendiri.

Hiburan Mon, 4 Feb 2019
Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Mas Anizan mahu berseorangan

Hampir dua dekad menyepikan diri dari industri hiburan, pelakon yang mencipta nama pada era 1990-an, Mas Anizan sudah bersedia untuk kembali mencari peluang.

Trending Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Thu, 12 Oct 2023