Berhenti Berlakon Tidak Sekali! – Tony Eusoff

Selama hampir dua tahun mendiamkan diri dari industri, Tony Eusoff, 41 mengakui tidak akan pernah penat terhadap dunia lakonan memandangkan darah seni sudah sebati dalam dirinya. Malah, majoriti masa beliau dihabiskan sepenuhnya untuk dunia lakonan.

“Seni dah jadi darah daging saya. Saya takkan cakap saya penat berlakon kerana saya terlalu cintakan kerjaya ini. Dan kerana itu jugalah sehingga kini saya masih belum berumah tangga.” Katanya kepada xtra.com.com.my

Pelakon yang terkenal menerusi filem Cinta arahan Khabir Bhatia ini juga menjadikan Jackie Chan dan Tom Cruise sebagai contoh untuk terus bergiat aktif dalam dunia lakonan tanpa perlu memikirkan faktor usia.

“Lihat saja Tom Cruise dan Jackie Chan, usia mereka takdelah muda lagi, tapi tenaga mereka tidak pernah berkurangan setiap kali beraksi di depan kamera. Saya berharap kalau boleh, walaupun usia saya sudah mencecah 50 tahun dan ke atas, saya masih mampu membawakan watak aksi seperti mereka.” Jelasnya

Berkecimpung dalam dunia lakonan selama 15 tahun, Tony Eusoff mengakui beliau sangat menjaga kesihatan berbanding ketika berumur 20 tahun. 

“Saya rasa, sekarang saya lebih cergas berbanding ketika usia saya 20 tahun. Pada usia ini saya lebih peka kepada tahap kesihatan dan kecergasana saya” Tambahnya.

Terbaharu, Tony Eusoff kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Viu yang bakal disiarkan di saluran ntv7 berjudul, Jibril. 

Selain Tony, Jibril juga turut menampilkan Lisa Surihani, Aeril Zafrel, Zahirl Adzim, dan Sangeeta Krishnasamy.

Jadi jangan lupa saksikan Jibril, hanya di saluran ntv7 anda!

Salma Syahbuddin