Berhibur Di Festival Good Vibes, Individu Persoal Tentang Anak-Anak… Ini Respons Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle menghadiri festival Good Vibes yang diadakan di Sepang International Circuit, pada Jumaat sebelum festival itu dibatalkan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia dilihat sedang menikmati waktu bersendiri tanpa kelibat anak-anaknya di sisi.

“Good while it lasted,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, terdapat individu yang mempersoalkan mengenai penjagaan anak-anaknya.

“Anak-anak siapa jaga dear?,” ujar individu tersebut.

Tidak berdiam diri, Diana membalas dengan bertanyakan semula niatnya bertanya soalan itu.

“Why is this your concern?,” balasnya.

Komen tersebut kemudiannya mendapat reaksi orang ramai dengan menyatakan soalan individu tersebut tidak sepatutnya diajukan.

“Soalan kau? Penyibuknya.

“Busy body sungguh. Konon-konon concern la tu nak dear-dear bagai.

“Anak siapa jaga? Parents also need some me time, yang kau sibuk tu kenapa?,” komen netizen.

Maya Basir