Beri Duit Belanja Beli Barang Raya Pada Cucu, Anak-Anak & Bekas Menantu, Chef Wan Syukur Tak Simpan Dendam – “Saya Dah Tawar Hati Tapi Cucu Punya Pasal Lembut Juga”

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mengakui peristiwa ‘pertelingkahan’ terdahulu bersama kedua-dua anaknya, Serina dan Muhammad Nadzri atau Chef Riz membuat hatinya tawar.

Namun begitu, memikirkan keadaan cucu-cucunya, Chef Wan berkata hatinya menjadi lembut pada akhrinya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan memuat naik foto anak lelakinya, Chef Riz bersama isteri serta cucu ketiganya, Putri Arianna Nastaya sedang membeli-belah.

Kata Chef Wan, dia memberi wang perbelanjaan membeli barangan Hari Raya Aifilfitri kepada cucunya, Arianna iaitu anak hasil perkahwinan terdahulu Cef Riz dan Shikin Maembong.

Malah, Chef Wan berkata dia turut memberikan wang perbelanjaan kepada Serina, Cef Riz, bekas isteri Cef Riz, Shikin Maembong iaitu kakak kepada selebriti Emma Maembong.

“Cucu ke-3 saya Arianna pergi membeli-belah untuk sambut Aidilfitri dengan kedua ibu ubapanya.

“Tahun ini, saya bagi kedua-dua Serina, Nazri malah Shikin bekas isteri Nadzri duit untuk mereka beli pakaian anak-anak dan diri sendiri juga.

“Selepas apa yang berlaku sebelum ini, hati saya dah jadi tawar. Cucu-cucu punya pasal saya terpaksa lembutkan hati juga,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Chef Wan meluahkan rasa syukur kerana dia tidak pernah berdendam dengan anak-anaknya itu meskipun teruk dihinda dan dimalukan.

“Kita boleh memaafkan tetai tak boleh melupakan apa yang telah orang lain lakukan kepada saya, termasuk segala perasaan malu dan penghinaan di mata umum.

“Baik pun perangai anak-anak sendiri, mahupun semua bekas menantu saya.

“Syukur Alhamdulillah, saya tidak berdendan dan percaya untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bahagia.

“Itulah sebenarnya yang Allah kurniakan kepada saya untuk sentiasa percaya pada kebaikan, kejujuran,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: Dakwaan Potong Gaji Pekerja Fitnah Besar, Chef Wan Terkejut! Tampil Perjelas Situasi Sebenar – “Saya Tak Terlibat Dengan…”

Artikel Berkaitan: Serina Syukur Hubungan Suami & Chef Wan Kini ‘Jernih’ – “Papa Tahu Hal Sebenar, Tiada Istilah Penyondol Dalam Perkahwinan Saya”

Artikel Berkaitan: “Benci Tu Kan Membawa Kemusnahan, Tak Baik Putuskan Silaturrahim!” – Chef Wan Berbaik Semula Dengan Shikin Maembong

Aqilah Paharuzi