Featured By: Aqilah Paharuzi March 11, 2022 @ 4:52pm

Beri Pickup Line Pantun, Zizan Razak Dapat ‘Green Light’ Daiyan Trisha?

Pelakon terkenal Zizan Razak sering kali menjadi perbualan wargamaya lebih-lebih lagi apabila dia memuat naik gambar bersama wanita.

Sebelum ini, Zizan kerap memuat naik beberapa keping gambar bersama pelakon dan penyanyi jelita Daiyan Trisha di akaun Instagram miliknya, di mana hantaran tersebut telah mendapat perhatian warganet dan juga rakan-rakan selebriti.

Terkini, gambar terbaru mereka yang berlatarbelakangkan pesawat sekali lagi meraih perhatian orang ramai dek kerana kapsyen Zizan yang seakan mengajak Daiyan untuk mejadi isterinya.

Ceh, bukan main lagi ya!

Melihat kapsyen tersebut, nampak gayanya Zizan mencuba untuk mengambil hati Daiyan menerusi kapsyen jiwangnya yang spontan sehingga menjadi sebuah pantun.

“Dulu masa kecik sy nak jadi pilot. Bila besar sy nak ade airport sendiri. Masa dulu awak asyik mengelak. Tapi harini awk sudi jadi isteri….. what..!!!?? Hahahaha. Jadi pantun [email protected],” tulisnya.

Lebih menarik lagi apabila penyanyi lagu Penat ini membalas kapsyen Zizan yang seakan memberi ‘green light’ atas lamaran gurauan Zizan itu.

“Tak fahamlah, cuba kahwin” kata Daiyan.

Sebelum ini jika Zizan memuat naik gambar mereka, Daiyan hanya membalas dengan emoji, kali ini sangat luar biasa saja.

Meskipun nampak bersahaja, namun komen balas Daiyan itu mungkin juga sekadar gurauan antara mereka.

Amboi Daiyan, cucuk line juga ya? Hihi!

Wargamaya memuji Zizan yang sangat direct memberi hint dan seakan merestui hubungan mereka berdua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Dec 2021

Rai Birthday Suami, Cardi B Hadiahkan Offset RM8 Juta

Anggota kumpulan rap Migos, Offset baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-30 tahun pada 14 Disember lalu. Bersempena dengan hari jadinya, Offset telah mengadakan majlis hari jadi bertemakan kasut di Sneakertopia di Los Angeles, Amerika

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

’Naik Hantu’ Atas Pentas BBB2019, Izzue Islam Buka Mulut!

Korang tengok tak babak di mana Izzue tiba-tiba turun stage sebab tak puas hati dilempar telur. Mengamuk betul-betul atau…?

Trending Fri, 17 Apr 2020
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Pertemuan Siti Nurhaliza Dengan MPK Jadi Bualan Netizen

Penyanyi popular berusia 39 tahun ini masuk ke bangunan tanpa ditemani pengurus dan dilihat memakai persalinan biru muda.

Trending Sun, 28 Oct 2018

Isteri Mati Dipercayai Ditetak Suami

Tragedi Di Dapur Rumah, Isteri Mati Dipercayai Ditetak Suami

Featured Wed, 21 Dec 2022

Nyanyi ‘I Believe I Can Fly’ Atas Awan, Netizen Puji Tahap Keberanian Daiyan Trisha – “She Is So Brave!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menaiki luncur layar (paragliding) di Switzerland sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Daiyan sedang menikmati permandangan di atas awan sambil menyanyi sebuah lagu

Trending Mon, 2 Dec 2019

‘Pakcik’ No Longer Has To Buy Burger For His Wife Again Because Secret Recipe Has Done The Deed

We feel very happy to see those happy smiles carved on the family’s faces. Happy belated birthday!

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

GLAMPING Lost World Of Tambun: Aktiviti Luar Yang Paling Menjangkau Minda!

Xtra guarantee Glamping Lost World memang terbaik!

| Live TV

error: Content is protected !!