“Berikan Kami Rezeki Seluas… Luaskan Kuasamu Johor…. Ale Ale!”- Netizen Terhibur Eyra Hazali Kongsi Momen Berdoa Bersama Anak!

Pelakon Eyra Hazali berkongsi momen dirinya bersama anak sulung, Muhammad Hayder Qhalish berdoa usai menunaikan solat.

Isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli itu berkongsi momen tersebut menerusi ciapan di laman Twitter.

Menerusi ciapan tersebut, aksi spontan anaknya yang terus menyanyikan lagu tema bola sepak JDT ketika berdoa itu telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan perangai comelnya.

“Dapat bayangkan suara Hayder menyanyi, siap pakej muka cute.

“Ye Hayder tahu Hayder papa player.

“Comel dengan suara dia boleh bayang dah,” ciap netizen di ruangan ‘replies’.

Untuk info, Eyra dan Haziq telah mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Hayder dan Muhammad Endra Haqimie.

Izzi Farhana