Hiburan By: Padin June 19, 2024 @ 4:29am

Berjayakah Misha & Anak-Anak Lari Dari Buruan Nordin? Jangan Lupa Saksikan Episod Akhir Khilaf Yang Tertulis!

Setelah Misha (Fasha Sandha) mengetahui tentang Nordin (Fadlan Hazim), suami baharunya itu sebenarnya dalang dalam sindiket penculikan anak-anaknya, Misha menyesal mempercayai dan berkahwin dengannya.

Berjayakah Amir (Ashraf Muslim), Kamal (Syazuwan Hassan) dan anggota polis yang lain mengesan lokasi persembunyian Nordin? Dapatkah Misha dan anak-anaknya melarikan diri dan menggapai bahagia seperti dahulu?

Jangan lupa untuk menyaksikan episod akhir Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda malam ini, hari Rabu, jam 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Terbaharu, Yana (Puteri Balqis) diseksa tanpa belas kasihan oleh orang suruhan Nordin, selepas tertangkap ketika menelefon ibunya. Sementara itu, Kamal dan polis berjaya menjejak lokasi dan menyerbu kelab malam tempat Yana membuat panggilan, malangnya Nordin telah mengosongkan tempat tersebut sebelum serbuan berlaku.

Polis mengesyaki Yana telah dijual sebagai GRO di kelab malam itu. Emosi Misha semakin terganggu sejak menerima panggilan dari Yana. Nordin melihat ini sebagai peluang untuk memujuk Misha berpindah ke rumahnya, tetapi pada hakikatnya, Nordin merancang untuk segera menjual rumah Misha sebelum gerak-gerinya dikesan oleh Amir dan Kamal.

Kehidupan anak-anak Misha semakin menderita. Rizal didera dalam tahanan Nordin, manakala Yana pula berjaya mendapatkan bantuan daripada seorang pelanggan VIP yang sanggup membantunya untuk menghubungi Amir.

Namun, Amir dan Kamal tidak sempat menyelamatkan Yana dek kerana ketangkasan Nordin yang terlebih dahulu dapat menghidu rancangan mereka. Misha, Aman (Rafique Iskandar) dan Yana dibawa lari ke markas sindiket yang sama dengan keberadaan Rizal.

Nordin mahu Misha dan kesemua anak-anaknya dijual ke Thailand dengan segera. Sepanjang berada di situ, hampir setiap hari Misha dan anak-anak disiksa oleh Nordin dan orang-orangnya.

Keadaan semakin tegang, Misha dan anak-anak berusaha untuk melarikan diri dari tahanan Nordin. Namun dalam situasi yang genting ini, berjayakah mereka lari keluar untuk menyelamatkan diri daripada cengkaman Nordin dan markas sindiket tersebut?

Jangan ketinggalan untuk menonton Episod Akhir Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda pada hari Rabu, jam 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 May 2024

Didoakan Kembali Bersama Engku Emran, Ini Jawapan Erra Fazira

Semoga Erra Fazira ditemukan jodoh semula

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Penat Menyanyi, Aliff Tukar Profesi

“Buat masa sekarang, pihak Primavalet dan saya masih dalam peringkat awal. Pakaian jenama Burank.co boleh dibeli pada bulan puasa nanti di PRIMAVALET, Osti Bangi (bersebelahan dengan tol Bangi.”

Hiburan Thu, 2 Sep 2021

Diana Danielle, Shalma Eliana, Athalia, Simon Webbe & Asyraf Nasir Bersatu Dalam We Live To Give

Diana Danielle, Shalma Eliana, Athalia, Simon Webbe dan Asyraf Nasir muncul dalam sebuah lagu berjudul We Live To Give (Kita Hidup Untuk Memberi). Dilancarkan oleh Universal Music Malaysia, lagu ini muncul sebagai karya yang memberi […]

Events Sun, 7 Apr 2019
Trending Tue, 28 Jul 2020
Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Isu Langgar Kontrak & Bayaran Ganti Rugi RM200,000, A. Aida Persoal Sikap Amelia Henderson – “Susah Sangat Ke Nak Mohon Maaf?”

“Sampai sekarang saya tak boleh brain, pihak belah sana tak menghormati keputusan mahkamah”- Datuk A. Aida

Trending Thu, 19 Apr 2018

Isteri Pemimpin Korea Utara Naik Pangkat

Kenaikan pangkat Sol Ju mungkin sebahagian usaha Pyongyang menunjukkan Korea Utara sebagai ‘negara normal’, ketika ia bersedia untuk pertemuan dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae in pada Jumaat depan dan kemudian dengan Presiden Donald Trump.