Featured By: Aqilah Paharuzi October 19, 2022 @ 8:26pm

“Berkat Doa & Usahanya” – Oktovia Manrose Syukur Bapa Jadi Asbab Penghijrahan

Coretan kisah penghijrahan pelakon Oktovia Manrose ternyata mencuri perhatian ramai yang terkesima melihat perubahan selebriti ini.

Oktovia menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya mengucapkan kata syukur kepada bapanya, Iwan Syahman yang menjadi salah satu tunggak utama dirinya berubah.

“Berkat doa dan istiqomah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. MasyaAllah, dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah.

“Satu persatu perubahan dalam diri. MasyaAllah, bersyukur. Semuanya asbab usaha niat ikhlas dan doa seorang bapa yang soleh. Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa merahmati wahai Ayahananda Iwan Syahman,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Oktovia yang mengakui dirinya penuh dosa turut berkongsi perasaannya yang semakin tenang setelah mula berhijrah.

“Hari berlalu, makin kuat rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Semakin faham apa maksud dan tujuan hidup.

“Dulu pernah bertanya pada diri sempat kah aku? Allah terima ke aku? Sentiasa la bersangka baik dengan Allah dan percaya bahawa Allah akan terima setiap doa umatNya yang benar-benar ikhlas… Insyaa-Allah.

“Perlahan-lahan mendidik diri untuk mendapat redha Allah. Alhamdulillah Allah dengan sifat Ar-Rahman ArRahim dan Al-ghofur, Allah bagi peluang,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose)

Sebelum ini, Oktovia menjadi perbualan netizen selepas tular sebuah foto dirinya yang teruja berjumpa dengan pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.

Artikel Berkaitan: Hadir Dengar Ceramah, Oktovia Manrose Tak Boleh ‘Move On’ Bertemu Ustazah Asma’ Harun – “Tarik Saya Ke Syurga Allah…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Mar 2019

Apa Kaitan One Piece Swimsuit Dan Isu Tak Jadi Kahwin Atikah Suhaimie?

Min pun taktahu nak cakap apa, korang jangan lupa pula baca artikel ni okay!

Selebriti Sun, 31 Dec 2023
Trending Wed, 25 Sep 2019

Dua Peluncur Ombak dari Cherating Mengejar Ombak ke Sri Lanka

Latih-tubi untuk persediaan ke Sukan SEA…

LIFESTYLE Wed, 12 Dec 2018
Eat Travel Mon, 6 Jan 2020

Resipi kuih tepung bungkus paling sedap dan mudah

Peminat kuih tradisional wajib cuba!