Featured By: Aqilah Paharuzi April 19, 2023 @ 1:27pm

Berlawan Lagu Raya Siapa Paling Best, Peminat-Peminat Ernie Zakri, Aina Abdul Bertikam Lidah – “Tolong Pantau Pentaksub Anda…”

Heboh di ruangan media sosial Twitter antara peminat-peminat penyanyi Ernie Zakri dan Aina Abdul yang saling berbalah menegakkan siapakah mempunyai lagu raya paling menarik milik penyanyi kesayangan mereka.

Umum mengetahui, Ernie baru sahaja melancarkan single raya berjudul ‘Jemput Raya’, manakala Aina pula mengeluarkan lagu raya berjudul ‘Berkunjung Di Hari Raya’.

Pada malam semalam, muzik video (MV) Jemput Raya telah dilancarkan, lantaran itu masing-masing peminat dua penyanyi berkaliber ini membanjiri ruangan komen dan membuat perbandingan antara lagu raya mereka.

Susulan itu, terdapat individu memuat naik tangkapan skrin komen-komen tersebut di Twitter dan memohon pelantun lagu Semalam untuk memberi pesanan kepada peminatnya yang dianggap toksik.

“@AinaAbdulMusic, please pantau pentaksub-pentaksub anda. Gigih betul reply komen orang yang literally enjoying the video without throwing any hates dekat sesiapa pun.

“Anyway, lagu Ernie Zakri lagi sedap,” tulis individu berkenaan.

Tidak habis disitu, berdasarkan pemerhatian XTRA, Ernie turut memuat naik ciapan di Twitter miliknya yang memberi pesanan agar peminat-peminatnya tidak bergaduh.

“Jangan ingat saya tak baca semua komen tau.. Haip, jangan gaduh-gaduh. Nak raya dah ni,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan maklum balas, rata-rata peminat tidak mahu bergaduh namun hanya mahu mempertahankan pelantun lagu Gundah itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

Nazim Othman Kongsi Detik Cemas Pertama Kali Alahan Ubat

Bahaya kalau alah pada ubat ni! Boleh mengundang maut!

Trending Wed, 3 Jul 2019

Kerana Sampah Tak Jumpa Handbrake!!!

Kereta Penuh Sampah Hingga Hampir Kemalangan Gara-Gara Tak Jumpa ‘Hand Brake’

Hiburan Fri, 2 Aug 2019
Hiburan Wed, 13 Jun 2018

Seronok Masih Dapat Duit Raya Atuk

Lagi seronok, jumlah duit raya ditambah setiap tahun bagi cucu yang belum mendirikan rumah tangga. Agak-agak tahun depan Mira masih dapat tak? Hehe

Featured Fri, 12 Jun 2020
Events Wed, 2 May 2018

Teringin Cari Jodoh Di Facebook? Baca Ini!

Ciri baharu ini akan membantu orang ramai menjalin hubungan sebenar, bagi tempoh yang panjang dan bukannya untuk suka-suka