Bersedia Jadi Suami, Aiman Tino Bakal Bernikah Selewatnya April Tahun Ini

Penyanyi dan pelakon, Aiman Tino telah mengesahkan bahawa dirinya bakal melangsungkan pernikahan dengan kekasih hati, Syarah Haifa selewat-lewatnya pada April ini.

“Buat masa sekarang tarikh belum ada, tapi kami akan bernikah dalam masa terdekat dan masih dalam perancangan mungkin sebelum bulan Ramadan atau selepas Raya,” kongsi Aiman.

Ditanya mengenai persediaan diri untuk menjadi suami, Aiman akui sudah bersedia dan ia bukan satu masalah besar.

Aiman ditemui di majlis tayangan perdana filem Tonton Original ‘Irama Kita’ yang berlangsung di The Starling Mall, Petaling Jaya, hari ini.

Pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu turut menganggap bahawa pada usianya kini telah terlewat mendirikan rumah tangga kerana kebiasaan keturunannya bernikah pada usia 23 tahun.

“Saya rasa tiada masalah kot sebab mengikut baka saya 23 tahun dah kahwin, saya 25 dah terlajak sikit.

“Kahwin usia 25 ini sedang elok, sunnah jugak,” katanya kepada XTRA.

Jelas Aiman, dia ingin menghalalkan hubungan dengan kekasihnya itu dalam masa terdekat dan merancang mengadakan resepsi dalam jangka masa Jun hingga Ogos tahun ini.

“Tarikh untuk bersanding belum confirm lagi, tapi sama ada bulan Jun atau Ogos,” jelasnya.

Terdahulu, ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil, 47, mengesahkan bahawa telah merisik Syarah pada Januari lalu.

Atiqah Johari

Recent Posts