Events By: Atiqah Johari January 18, 2023 @ 6:19pm

Bersempena Tahun Baharu Cina, Pengarah Ola Bola Hasil ‘Ma, I Love You!’ Buat Rakyat Malaysia

Pengarah terkenal Malaysia, Chiu Keng Guan tampil dengan buah tangan baharu bersempena menyambut Tahun Baharu Cina tahun ini.

Chiu Keng Guan yang menerajui filem box office The Journey dan Ola Bola telah menghasilkan sebuah filem baharu yang past menyentuh perasaan, mencuit hati dan membuat anda tersenyum dengan karya ‘Ma, I Love You!’ terbitan Astro Shaw dan Multimedia Entertainment selaku penerbit bersama yang bakal ditayangkan pada 22 Januari 2023 di pawagam seluruh Malaysia.

Filem ini istimewa buat rakyat Malaysia kerana pelbagai elemen tempatan digarapkan dalam filem ini. Walaupun ianya sebuah filem sempena Tahun Baharu Cina, pelbagai bahasa yang dituturkan seperti Mandarin, Kantonis, Melayu dan Inggeris, malah kehidupan dan situasi yang dekat dengan masyarakat tempatan juga dipaparkan. Lantaran itu, tidak hairanlah Chiu Keng Guan digelar sebagai ‘The King of Malaysian Movies’, seperti ysng dipetik media South East Asian Globe.

Bukan itu sahaja, filem ini turut menampilkan dua lagu tema iaitu ‘How Do We Say Goodbye?’ yang dinyanyikan oleh Jess Lee dan sebuah lagu bahasa Perancis berjudul ‘Bonjour’ hasil gubahan Froya.

Chiu juga berkongsi pengalaman menjalankan penggambaran filem yang memakan masa sebulan ini mengakui bahawa ia sesuatu yang bermakna untuknya kerana dia berpeluang meneroka hubungan ibu bapa dan anak remaja.

“Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk mencintai seseorang, dan makna ‘pengorbanan’ juga berbeza-beza bergantung kepada individu tersebut. Saya merasakan bahawa filem ini menggambarkan pelbagai bentuk cinta dan pengorbanan.

“Saya percaya tidak semua keluarga mudah untuk mengucapkan “saya sayangkan awak” atau meluahkan rasa sayang antara mereka. Gunakan peluang pada tahun baharu ini, berhibur bersama orang tersayang dengan menonton filem ini di pawagam. Saya berharap ia dapat menyedarkan kita tentang erti kekeluargaan sebenar,” katanya.

‘Ma, I Love You!’ dibintangi oleh Ong Ai Leng, Siow Li Xuan, Loh Lai Kan, Felina Cheah dan Phei Yong. Lebih menarik, filem ini turut dijayakan dengan penampilan istimewa daripada selebriti popular Malaysia seperti Hwang Yifei, Siow Hui Mei, Michie Lam, Klay Heng, OkokokMou, Ho YuHang dan Lalala Endy.

Untuk info, Chiu mengajak anda semua untuk “Tunjukkan kasih sayang anda, Saya sayang Ibu dan Ayah!”. Kempen ini merupakan salah satu usaha bagi mempromosikan filem ini bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan. Salah satu aktiviti yang dijalankan di lokasi pawagam GSC yang terpilih adalah peraduan istimewa “Shout Out Loud Ma, I Love You Contest’ bermula 21 Jan 2023, di mana penonton hanya perlu ke pawagam GSC dan merakam video luahan rasa sayang anda di tempat yang telah disediakan. Maklumat lanjut boleh ditemui menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter GSC dan Astro Shaw.

‘Ma, I Love You!’ juga mendapat kerjasama dan sokongan daripada beberapa pihak seperti Coway sebagai penaja utama, McDonald’s dan Seasons merupakan penaja bersama untuk filem ini. Penaja lain adalah seperti Singapore Airline, Scoot Air dan Alliance Francaise Kuala Lumpur.

Ikuti informasi dan klip terkini filem ‘Ma, I Love You!’ menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Aug 2022
familuv Mon, 11 May 2020
Featured Thu, 27 Feb 2020

Bekas wartawan kini pengusaha katering berjaya, ini resipi kejayaannya

Kongsi panduan jatuh bangun dalam perniagaan

Featured Fri, 29 May 2020
Trending Sun, 7 Jan 2024

Kasihannya Adik…Baru Berusia 2 Tahun, Dah Kena Suntik Insulin 4 Kali Sehari Seumur Hidup Akibat Diabetes

Allahu…harap ibunya tabah dengan ujian ini, semoga adik Innara cepat sembuh 🤲🏻

Trending Tue, 15 Dec 2020

Senarai Penuh 12 Finalis Anugerah Juara Lagu 35

Tahniah kepada 12 finalis AJL35!

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Sempena 1 Juta View di YouTube, Baim Wong Jadi Orang Gila

Video prank oleh Baim Wong sempena 1 Juta View YouTube membantu peniaga pisang menunaikan umrah. Baik sungguh niat dan hatimu Baim Wong

Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Aksi Bergolek Atas Pentas Dikecam, Elly Mazlein Tak Ambil Hati?

Netizen happy! Kak Kepom pun happy la dikkk!