Categories: HiburanSelebriti

Berwajah Mat Salleh, Sarimah Ibrahim Bersyukur Nama Melayu Tradisional – “Dulu Ramai Kata Old Skool Tapi…”

Pelakon dan pengacara, Sarimah Ibrahim menyatakan rasa syukur dikurniakan nama Melayu tradisional meskipun berwajah Mat Saleh.

Menerusi perkongsiannya di platform X, namanya pernah dikatakan tidak moden namun dia akui disebabkan nama itu yang membuatkan dirinya kekal di dalam industri.

“Salah satu aset utama saya dikurniakan dan bersyukur dengan adalah nama saya yang Melayu tradisional.

“Nama yang dulu ramai kata tak ‘in’ sebab terlalu ‘old skool’. But you know what? Nama saya ni lah yang membantu saya bangun dan kekal dalam industri kita,” ujarnya.

Malah, dia turut bersyukur dapat fasih berbahasa Melayu kerana bersekolah di sekolah Kebangsaan.

“Dan Alhamdulillah saya masuk sekolah Kebangsaan bila membesar so I learnt fluent Bahasa Malaysia,” katanya.

Menurutnya, dia berpesan untuk menceburkan diri dalam industri hiburan, seseorang perlulah merendah diri, mohon maaf jika tersilap dan sentiasa lakukan yang terbaik.

“Never look down on anyone. Stay humble. Apologize when you mess up. Move on. Do better.

“Thats how you bersedia untuk dunia hiburan. Start from the bottom and work hard. You can do it,” jelasnya.

Terdahulu, hangat diperkatakan pelakon Nina Smith yang mengatakan dirinya ‘insecure’ apabila dikatakan berwajah Melayu sedangkan namanya Mat Saleh.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Insecure’ Nama Mat Saleh Tapi Muka Melayu, Nina Smith Teruk Dihentam Netizen

Maya Basir