Featured By: Arfah December 28, 2021 @ 3:44pm

“Betapa Jijiknya Kita Kalau Masih Merungut Tentang…” – Azhan Rani Sedih Penduduk Pedalaman Masih Tak Dapat Bantuan Banjir

Pelakon Azhan Rani yang juga merupakan seorang individu aktif membantu mangsa-mangsa terjejas banjir berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang mangsa banjir yang hilang tempat berteduh di Kampung Batu Kapor, Mentakab, Pahang.

Melalui hantaran Instagram miliknya, Azhan berkata ketika kejadian, dia bersama pasukannya baru sahaja sampai di kawasan yang agak jauh dari rumah-rumah yang lain dan mempunyai banyak kerosakkan.

Semasa dia bergerak untuk meletakkan kereta, dia ternampak seorang wanita yang berlari berkaki ayam tanpa menghiraukan apa yang dipijak.

“Rumah dia dekat belakang lagi dari kawasan becak itu. Mungkin dia ingat kami nak pergi dah sebab memang dah tak nampak jalan ke rumah dia pun,” tulis Azhan.

Difahamkan setakat hari Isnin, belum ada bantuan yang sampai di kawasan itu.

Menurutnya, kediaman wanita itu terletak amat dekat dengan sungai dan rumah kayunya habis musnah dibawa arus banjir.

Namun, yang tinggal hanya bahagian depan rumah yang masih tegak berdiri.

“Makcik redah air paras dada masa nak selamatkan diri hari itu. Harta benda tak ada yang dapat diselamatkan.

“Memikirkan apa dia makan, macam mana dia tidur memang boleh buatkan saya termenung,” tulis Azhan.

Pelakon drama Keluarga Untuk Disewa ini berharap akan ada lebih banyak bantuan yang hadir untuk penduduk di sini.

 

View this post on Instagram

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Masuklah ke lorong-lorong kampung. Mereka tak ada kemampuan nak keluar cari pusat bantuan yang banyak terletak di tepi jalan-jalan besar ataupun di sebelah bandar,” tulisnya lagi.

Azhan akhiri hantarannya itu dengan mesej supaya mereka diberi bantuan dan kasih sayang.

Perkongsiannya itu turut membuatkan beberapa rakan artis seperti Catriona Ross dan peminat sebak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 12 Jan 2023

“Cinta Pertama Anak Perempuan Adalah Ayahnya” – Comelnya Gelagat Anak Izara Aishah Manja Bersama Adib Khalid!

Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan. @izaraaishahofficialNo man will ever love her more than her baba. ♬ original sound – Umer baba

Hiburan Mon, 13 Aug 2018

Pengaruh Eina Azman, Netizen Mula Rajin Masuk Dapur

Tidak menyangka rakaman video masakan yang dimuat naik menerusi laman Instagram milik Datin Paduka Eina Azman telah memberi pengaruh kepada ramai netizen untuk ke dapur.

Featured Tue, 11 Oct 2022

Rizky Billar Cerai Talak Satu, Dakwa Lesti Kejora Bukan Isteri Yang Baik

Kisah keganasan rumah tangga membabitkan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar nampaknya masih mendapat perhatian ramai pihak. Peguam Rizky, Adek Erfil Manurung berkata, Rizky dikatakan pernah melafazkan talak satu kepada Lesti ketika mereka

Hiburan Thu, 12 May 2022

AC Mizal & Emylia Rosnaida Hadiahkan Anak Mercedes Benz Sempena Birthday Ke-18

Hadiah kereta mewah buat anak lelaki AC Mizal dan Emylia

Trending Thu, 9 Aug 2018

What the Heck is #FindDali and Why Must We Find Him?!

Mysterious billboards and stickers with #FindDali written on it are all over Kuala Lumpur, recently.

Featured Wed, 6 Mar 2019

Cinta pasangan China-Malaysia ini berputik melalui laman Friendster, bacalah kisah romantik mereka!

Mereka bertuah kerana bukan semua hubungan cinta atas talian berkekalan.

Featured Wed, 27 Jun 2018

Lepas Tengok Gambar Scary Ini, Anda Takkan Lagi “Terlupa” Untuk Tanggalkan Maskara Sebelum Tidur

Seorang wanita tak tanggalkan maskaranya dengan betul. Inilah akibatnya.

Featured Fri, 3 Jun 2022
Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Aretha Franklin Meninggal Dunia

Kesihatan penyanyi itu dilaporkan merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan semalam keadaan mendiang bertambah teruk dan dilaporkan hanya menunggu masa.

| Live TV

error: Content is protected !!