Featured By: Khairil Khusyairi January 13, 2023 @ 6:27pm

Betty Rahmad Bangga Suami Pertama Kali ‘Keluar’ Rumah 3 Hari – “Bukan Nak Tunjuk Suami Saya Baik…”

Pelakon Betty Rahmad meluahkan rasa syukur dan bangga apabila suaminya, Ardy Damis menyertai kumpulan jemaah tabligh untuk keluar berdakwah selama tiga hari.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad berkongsi momen-momen bersama suami tercinta sebelum keluar rumah.

Tambah Betty, dia bukanlah mahu menunjuk kebaikan suaminya itu tetapi hanya untuk berkongsi amalan-amalan yang perlu dijadikan ikutan buat semua untuk kebaikan.

“Masya-Allah Tabarakallah. Segala puji bagi Allah swt. Alhamdulillah syukur malam tadi pertama kali suami “keluar” tiga hari. Im so happy and proud of you suamiku.

“This posting bukan nak tunjuk suami saya baik atau sebagainya. Kitorang sama je macam korang. Tapi apa yang pasti kalau kita ikut apa yang Dia suruh semua akan dipermudahkan.

“Everything is in the al-Quran. Dan semua yang wajib kita buat dan tak buat pasti ada sebab. Sebab yang sebenarnya untuk kebaikan kita. All we need to do is follow. Memang susah kalau tak cuba. Dah cuba jadi biasa,” kongsinya.

Dalam pada itu, Betty turut berpesan kepada golongan isteri agar sentiasa mendoakan yang terbaik buat suami.

“Para isteri pula, doa. Selalu doakan yang baik-baik untuk suami. Paling penting kena bersyukur dengan segala usaha dan pengorbanan suami dah but for us.

“Lagi banyak kita syukur lagi banyak Allah bagi. Lagi banyak complain lagi hilang segala nikmat. Ubah diri sendiri dulu kalau nak pasangan kita jadi lebih baik.

“Dan paling penting jangan teremosi lebih dengan gosip sensasi, dalam tak sedar u tengah attract benda yang tak best jadi dalam hidup u. Let them be. You do you.

“So yang mash single, jangan takut kahwin. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita Insya-Allah,” pesan Betty.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Untuk info, Betty mendirikan rumah tangga bersama Ardy Damis pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ardy Wira.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Jan 2020

Tengah Sental Kuali, Tapi Selipar Kak Lina Pom Pom Yang Jadi Perhatian

Untungnya Azlan…pandai Kepom ambil hati keluarga Papa Awan Nano!

Hiburan Wed, 27 Sep 2023
Hiburan Thu, 21 Feb 2019
Featured Wed, 6 Apr 2022
Featured Tue, 2 Nov 2021

“Saya Tertipu & Mahu Menceraikannya” – Suami Ceraikan Isteri Selepas Melihat Wajahnya Tanpa Solekan

Seorang lelaki di Mesir telah memfailkan saman di mahkamah untuk menceraikan isterinya yang baru berkahwin selama sebulan selepas melihat wanita itu tanpa solekan. Menurut laporan Gulf News, suami tersebut kelihatan terkejut selepas melihat wajah isterinya […]

Featured Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Featured Fri, 7 Jan 2022

Penularan Varian Omicron, Lockdown Akan Berkuatkuasa Semula? Ini Jawapan KJ

Pokok pangkalnya, kenalah jaga SOP kalau tak nak lockdown lagi…

Hiburan Fri, 9 Feb 2024