Cahaya Mata By: Maya Basir February 2, 2023 @ 4:26pm

Betty Rahmad Kongsi Tip Bila Netizen Tanya: “Hantar Anak Belajar Dekat Mana? Bijak Dia”

Pelakon Betty Rahmad berkongsi cara didikan buat ibu bapa untuk mengajar anak-anak untuk memiliki sifat yang baik.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, terdapat pengikut yang bertanya kepada Betty tentang didikan yang menjadikan anaknya, Ardy Wira seorang kanak-kanak yang bijak.

“Betty hantar anak belajar dekat mana? Bijak dia,” tanya individu tersebut.

Menurut Betty, dia sudah menerima banyak soalan seperti itu dan memberitahu ibu bapa yang memainkan peranan penting di rumah.

“Saya nak kongsi apa yang saya buat dan nak ibu bapa dekat luar sana tahu yang mana semuanya bermula dari rumah.

“Lebih-lebih lagi daripada mak dan ayah. Awak nak anak yang soft spoken, nak anak pandai, nak anak cepat bercakap dan macam-macam lagi, awak sebagai ibu bapa perlu buat.

“Tak kira awak hantar sekolah paling mahal, paling bagus sekali pun tapi kalau kita sendiri sebagai ibu bapa gagal dan tidak ada komunikasi dan mengajar, susah untuk anak buat percaya cakap saya.

“Saya percaya benda tu sebab tu saya terapkan. Saya dan suami banyak komunikasi dan ajar anak kami,” ujarnya.

@bettyrahmadali Replying to @miza azmi Semuanya bermula dari rumah. Kita tunjuk apa yang kita nak, anak ikut. #tiktokmalaysia #parenting #fyp #foryoupage ♬ original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tip dan cara yang digunakan oleh Betty dalam mendidik anak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Jan 2018

Jiwa & Hati Tenang Bila Mengenakan Tudung

Alhamdulillah bila sudah bertudung, jiwa saya rasa lebih tenang

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Trending Sun, 25 Apr 2021
Featured Thu, 3 Mar 2022
Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Nabil Ahmad Hargai Peminat, Bawa Tunai Umrah

Dalam perkembangan lain, Nabil juga turut mengumumkan bahawa ada ganjaran lain buat peminatnya selain pakej umrah tersebut. Haa, kalau semua nak tahu kenalah tunggu 24 Mac nanti okay

Featured Fri, 17 Mar 2023
Trending Wed, 6 Oct 2021

“Kalaulah Benarlah Desas-Desus Itu…” – Neelofa Jawab Spekulasi Kehamilan

Pengacara dan usahawan sensasi, Neelofa, 32, masih berteka-teki mengenai status kehamilannya. Biarpun dikatakan sedang sarat hamil, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor tidak mengesahkan atau mengiyakan perkara terbabit. “Soalan tentang perkara terbabit adalah

Hiburan Sat, 18 Jan 2020

‘NiNiNi’ Gabung Muzik Rempit, Hip Hop?

Abubakarxli sentiasa sentiasa dapat apa yang dia mahu dan dia mahukan segalanya!

Trending Tue, 25 May 2021

| Live TV