Hiburan By: Salma Syahbuddin November 13, 2018 @ 12:03pm

Betul! Fasha Sandha Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat

Hubungan mesra yang terjalin antara pelakon cantik, Fasha Sandha dan Aidil Aziz nampaknya bukan lagi rahsia. Malah, kedua-duanya dilihat sangat bahagia menjalani kehidupan masing-masing.  Aidil juga sering dilihat menemani Fasha ke majlis-majlis besar seperti Anugerah Bintang Popular 31 (ABPBH31) baru-baru ini dengan busana sama berwarna hitam. Sepadan gitu!

Terbaru,  khabar angin mengatakan pasangan ini akhirnya bakal mengikat tali pertunangan pada pertengahan November ini. Dan, seolah-olah memberi hint kepada peminatnya, Fasha sekali lagi memuat naik gambar Bride to Be beliau menerusi instagram miliknya semalam.

 

 
 
 
View this post on Instagram

?

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Adakah ini seolah-olah mengiyakan gosip yang kini sudah tersebar luas itu? Al-maklumlah, selalunya orang yang nak kahwin je akan muat naik gambar dengan selempang tertera Bride To Be betul tak?
 
Dalam perkembangan lain, kad undangan milik pelakon ini juga sudah mula diedarkan. Dan, majlis tersebut akan diadakan secara tertutup dan akan hanya dihadiri oleh keluarga dan teman-teman rapat kedua belah pihak sahaja. 
 
Difahamkan, pasangan ini juga akan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.
 
Apapun, sama-samalah kita doakan agar segala urusan Fasha dipermudahkan. Patutlah, makin berseri-seri je bakal pengantin ni sekarang? 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Nov 2021

8 Orang Terbunuh Dalam Insiden Rempuh Konsert Travis Scott

Seramai lapan orang, termasuk dua remaja disahkan meninggal dunia selepas menghadiri konsert penyanyi rap Travis Scott, sewaktu acara Astroworld Fest yang berlangsung di Texas, Houston, Amerika Syarikat (AS), pada Sabtu. Menurut laman berita E! News, […]

Hiburan Sat, 23 Mar 2019

Tolak Minuman Manis Rahsia Tubuh Menawan Adeline Tsen

Yang suka minum air manis tu, amacam jom try macam Adeline?

error: Content is protected !!