Betul Ke Suara Ain Edruce Aneh Dan Menjengkelkan?

Pelakon dan pengacara Pop! Express ini melahirkan rasa syukur beliau kerana mempunyai vokal yang unik dan tidak mengundang sebarang kritikan negatif daripada orang ramai mahupun netizen. 

Ain Edruce mengakui sebagai orang baharu dalam industri, pastinya beliau sendiri akan berasa bimbang terhadap maklum balas peminat terhadap dirinya apabila mereka menonton dikaca TV. Terutamanya apabila suara yang dimilikinya itu agak sedikit berbeza jika dibandingkan dengan pengacara wanita yang lain. 

“Khalayak tentunya akan memberikan pelbagai maklum balas terhadap sesuatu yang mereka tonton di kaca televisyen. Bukan sekadar komen positif, malah komen negatif juga kadang-kala diberikan terhadap hos baharu. Dan, alhamdulillah saya bersyukur kerana setakat ini belum ada lagi pihak yang mengatakan suara saya aneh dan menjengkelkan. Malah, ada yang memuji cara saya mengendalikan program tersebut.” Katanya

Masih Belum Ada Perancangan Mahu Jadi Penyanyi?

Ain Edruce, 27 bukan sahaja mahu dikenali sebagai seorang pelakon dan pengacara, malah beliau juga mengakui mahu mencuba pelbagai bidang lain. Namun, buat masa ini Ain masih beluam mempunyai sebarang perancangan untuk menjadi seorang penyanyi walaupun beliau sebenarnya mempunyai latar belakang dalam bidang muzik.

Baginya, jika ingin menjadi anak seni yang serba boleh, seseorang itu kenalah bijak membahagikan waktu. 

“Saya tidak mahu fokus terhadap sesuatu, kerja akan terganggu sekiranya bertindak menerima pelbagai tawaran dalam satu masa.” Jelasnya

Salma Syahbuddin