Hiburan By: Ad Ops August 27, 2018 @ 12:40pm

Betul Ke Syamel Bercinta Dengan Ernie?

Sebut sahaja nama penyanyi Syamel dan Ernie Zakrie, sudah pasti ramai yang beranggapan mereka menjalinkan hubungan cinta. Malah, kontroversi mereka menjadi semakin hangat apabila Syamel memuat naik gambar status berbaur kesedihan di laman sosial Instagramnya dengan menyertakan sekali nama Ernie Zakri, baru-baru ini. Apa kes ni?

Syamel atau nama penuhnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly bagaimanapun menjelaskan posting tersebut adalah sekadar lirik lagu terbaharunya yang berjudul Kau Pun Sama dan Ernie turut bekerjasama menghasilkan lagu berkenaan.

Di tanya mengenai tindakan Syamel yang seolah-olah ingin membuat gimik atas kehadiran lagu terbaharunya, penyanyi itu lantas menafikan dakwaan tersebut. Menurutnya, jika benar dia ingin membuat gimik, lebih baik dia menjual kisah peribadi ataupun mereka cerita sensasi yang mungkin mampu menarik lebih banyak perhatian.

“Status ataupun foto yang dimuat naik di akaun Instagram itu hanya sebahagian daripada lirik lagu baharu saya, Kau Pun Sama. Tujuan saya menyertakan sekali nama Ernie dalam perkongsian itu kerana dia juga terbabit dalam pembikinan lagu berkenaan.

“Malah, dalam perkongsian itu juga, saya langsung tidak memaparkan cerita kononnya kami bercinta ataupun berselisih faham.

“Semua yang diperdebatkan netizen itu hanyalah tanggapan dan spekulasi mereka semata-mata.” Katanya 

Tambahnya lagi, tindakan berkenaan juga mendapat persetujuan daripada penyanyi yang semakin popular dengan lagu Misteri itu.

“Keizinan Ernie amat diperlukan agar tiada perkara berbangkit yang berlaku pada kemudian hari.” Katanya yang sebelum ini muncul secara duet dengan penyanyi wanita terbabit menerusi lagu Aku Cinta.

Mengulas lirik lagu bergenre pop itu, ia sebenarnya mengisahkan tentang pasangan sama-sama curang, sebuah realiti yang kerap terjadi ketika ini.

“Lagu ini mengisahkan pasangan yang sama-sama curang. Walaupun sudah berpunya, masing-masing tetap bermain kayu tiga. Jadi, tidak perlulah hendak menuduh pasangan tidak setia, walhal pada masa sama dia juga mempunyai kekasih gelap.

“Lirik yang saya tulis sendiri ini mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak, tetapi bak kata pepatah, siapa makan cili dialah yang rasa pedas.” Kata Syamel yang mengambil masa lima hari untuk menyiapkan lagu berkenaan

Ditulis oleh: Nik Nur Amira 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 Apr 2022

“Lagu Ini Ada Kaitan Dengan Kisah Peribadi Saya” – Hael Husaini Harap Single Sama Seperti Dulu Diterima Peminat

Kejayaan demi kejayaan telah diraih oleh penyanyi popular Malaysia, Hael Husaini.  Walaupun baharu sahaja empat bulan single ‘Kelentang Kelentong’ ciptaannya bersama rakan komposer, Ezra Kong dilancarkan, dengan lebih dari 6.4 juta tontonan di YouTube, beliau […]

Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Hiburan Fri, 15 Nov 2019
Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Nabil Mahir Dan Sarah Hilderbrand Putus?

Betul ke putus? Tak kot…

Hiburan Thu, 4 Apr 2024

“One Day Ruhainies Akan Rasa Apa Yang Saya Rasa” – Bella Astillah

Kifarah Allah itu pasti.. jadi berbuat baiklah

Hiburan Mon, 4 Jul 2022

“Tak Sabar Sangat Nak Cari Laki Ni” – Netizen Cop Shila Amzah Gatal Dan Tak Matang

Shila Amzah dicop gatal dan tak matang apabila bercerita tentang hubungan percintaan.