Events By: Salma Syahbuddin November 15, 2018 @ 2:56pm

Betul Ke Watak Penunggang Agama Beri Impak Negatif Kepada Masyarakat?

Semalam kecoh apabila netizen mahu memboikot filem Polis Evo 2 kerana kononnya  filem ini mempunyai unsur-unsur yang boleh mengganggu sensitiviti masyarakat. Namun hari ini, pihak LPF sudah meluluskan tayangan filem tersebut atas sebab ianya bukan bertujuan memberi gambaran negatif terhadap agama islam terutamanya melalui watak penjahat berserban lakonan Hasnul Rahmat dalam filem tersebut.

Menurut Datuk Khairul Anwar Salleh, watak penjahat itu diwujudkan untuk mewakili golongan yang berselindung di sebalik agama demi kepentingan diri sendiri.

 

” Kami percaya golongan ini memang ada. Dan, watak itulah yang kami cuba paparkan dalam filem ini.  Polis Evo 2 dibuat pun untuk memberi mesej secara tidak langsung dalam menentang keganasan dan ekstremis agama. Kami juga memberitahu tidak akan berkompromi dengan mereka yang mampu menggugat keselamatan dan keharmonian agama.” Katanya ketika ditemui pada sidang media majlis pra tonton Polis Evo 2 semalam. 

Tambahnya lagi, adalah lebih baik sekiranya  mana-mana pihak yang mahu memboikot filem ini adalah lebih baik pergi menonton dan saksikan sendiri apakah input yang cuba disampaikan melalui filem ini. 

Filem Polis Evo 2 turut barisi pelakon-pelakon hebat seperti, Shaheizy Sam, Zizan Razak, Erra Fazira, Hasnul Rahmat, Raline Shah Syafie Naswip, Riz Amin dan Tanta Ginting.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 16 Aug 2018

Catch Dancing Swans in Resorts World Genting this August

The beautiful swans will be showing off their beautiful moves.

Featured Tue, 2 May 2023
Featured Mon, 29 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Kay & Ika Tersingkir, Ada Pasangan Dapat Restu Kahwin? Jom Recap Episod 5!

Episod kelima Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan cinta agung berlangsung pada malam tadi. Episod terbabit telah menyaksikan persaingan antara lima pasangan iaitu Hariz & Wanie, Malhamka & Yuveena, Pasya & Puteri, Kay & […]

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

‘Pose Hebat Tapi Hutang Liat Nak Bayar’, Aliff Syukri Sindir Siapa?

Hello, dah berhutang tu pandai-pandailah bayar balik eh…

Hiburan Mon, 20 May 2019

Ebby Yus Terkejut Wanita Muda Nak Derma Buah Pinggang

Untung Ebby Yus, ramai yang masih sayang dengan dia. Semoga cepat sembuh bang!