Pilih Lelaki 11 Tahun Muda, Ini Jawapan Ibu Priyanka Chopra

Perbezaan usia 11 tahun tak menghalang pasangan ini untuk menguatkan lagi cinta mereka. Walaupun segelintir netizen menentang di media sosial, percintaan Nick Jonas dan Priyanka Chopra going strong guys!

Ibu kepada Wanita Asia Paling Seksi, Madhu Chopra memberi bayangan kepada media bahawa anak kesayangannya kini serius melangkah ke gerbang perkahwinan.

Nampaknya, hubungan Priyanka Chopra dan Nick Jonas telah direstui oleh si ibu.

Menurut media tempatan India, ketika diajukan soalan kepada Madhu, beliau memberi jawapan ringkas namun mendalam.

Adakah kalian serius, kalau kalian serius pihak kami lagilah serius dan tidak main-main dengan perkara ini,” katanya.

Bulan lalu, Nick Jonas, 25 membawa kekasih itu berjumpa dengan seluruh ahli keluarganya.

Khabarnya, Priyanka, 36 bakal membawa Nick Jonas pula ke Mumbai untuk bertemu ahli keluarganya.

Dalam perkembangan lain, Priyanka bakal muncul dengan filem Bharat lakonannya dengan Salman Khan selain dua filem Hollywood berjudul Isn’t It Romantic dan A Kid Like Jake yang telah menjalani penggambaran tahun lalu.

SGMS Faida