Hiburan By: SGMS Enal November 20, 2017 @ 1:22pm

Biar Orang Kutuk Broken English .. Yang Penting Dapat Jumpa..

Bila KITA baca tajuk berita ni ‘Dikutuk Tak Pandai B.I Jumpa Ed Sheeran’ ini tergerak pulak hati kita nak tonton dan baca al kisahnya…

Kononnya Penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran  atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 23,  membuat temuramah dengan Ed Sheeran dalam ‘broken english’ kata orang… Pendekata, dia tak fasih bahasa orang putih laa gitu… Tetap bagi KITA… bila tengok video temuramah itu ok apa… kelakar dan menghiburkan.

Biarlah ‘broken English’ pun … sesuai dengan program santai Jaa yang kelakar gitu… Kalau berbicara dalam ‘perfect english’ kata orang dah nampak serius la pulak program tu…

Malah Jaa pun nampak jujur orangnya tak malu berbicara demikian… Ed pun rasanya suka dengan cara temubual seperti itu.. ada humor dan tak bosan tonton…

Tak payah la kecil hati Jaa… teruskan cara awak tu… biar lain daripada yang lain cuma make sure walau pun bercakap begitu tetapi sebenarnya awak tahu berbahasa Inggeris dengan baik.. jadi teruskan belajar cuma bila dah tahu nanti jangan ubah cara penyampaian… biar begini… barulah ada kelainan…

Mulut tempayan memang tak bole ditutup… ternganga saje…

Dah program ini konsep nya begitu … faham-faham je lah…

Pedulikan ‘O My English” tu.. and ‘be yourself’ lebih baik… tak plastik gitu … kan kan?

Credit:  sumber Mstar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Selepas Pujaan Hati Kanda, Kini Turn Leftenan Zana Pula Kena Kecam

Betul Ke Ada Yang Tak Kena Dengan Drama Leftenan Zana?

Featured Tue, 28 Mar 2023
Featured Fri, 12 May 2023
Hiburan Sun, 13 Jan 2019

Konsert Sabyan Gambus Pukau 4,000 Penonton

Rugi siapa yang tak pergi tau!

Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Featured Tue, 27 Sep 2022

Perkongsian Mizz Nina Buka Hati Avaa Vanja Untuk Berhijab

Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah 🤲🏼

Featured Wed, 2 Mar 2022