“Bila Dia Puji Masakan Hari Saya Sangat Indah, Tak Perlu Benda Lain” – Puteri Sarah

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana mengakui rasa rindu untuk meluangkan masa memasak kepada suami tercinta, pengarah tersohor, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah mendedahkan perkara tersebut menerusi sebuah program hiburan bersama pengacara terkenal, Noor Neelofa baru-baru ini.

“Setiap kali sebelum memasak, saya akan selawat dan baca doa ‘Ya Allah, bagilah suami saya sayang saya, saya tahu suami penat bekerja’ semua saya cakap.

“Masa PKP, daripada saya tak berapa pandai sangat memasak terus saya jadi macam restoran. Ok hari ni nak makan apa? Saya suka masak ala-ala Kham Heong, Butter Chicken dan perkara tu mengajar saya juga,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Puteri Sarah berkata dia berasa sangat puas apabila Syamsul memuji masakannya.

“Saya suka bila dia makan, puji masakan saya sedap dan dia habiskan semua lauk. Saya suka sangat. Saya rasa puas hati masak untuk suami.

“Jadi pada saya perkara itulah yang betul apabila kita masak dengan penuh kasih sayang. Bila dia puji kita tu kita rasa macam tak perlu benda lain dah, hanya nak pujian suami.

“Bila dia puji masakan, perkara itu dah buat hari saya cukup indah,” katanya.

Disoal sama ada rindu kepada momen tersebut, Puteri Sarah terdiam seketika dan akhirnya menjawab ya.

Terdahulu, Puteri Sarah menghantar surat saman kepada ahli keluarga Ira Kaza akibat melanggar perintah injuksi mahkamah yang melarang membuat sebarang kenyataan berkenaan selebriti ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Perkara Ini Tak Sepatutnya Berlaku” – Ahli Keluarga Ira Kaza Akan Dikena Tindakan Mahkamah Gara-Gara Langgar Perintah Injuksi Puteri Sarah

Sumber/Kredit: Next To Neelofa, Instagram Neelofa, Instagram Puteri Sarah

Aqilah Paharuzi