Hiburan By: Del14 September 3, 2019 @ 6:21pm

Bila ‘Hantu’ Bawa Tuah kepada Dalimawati

Dalimawati Ismail (61 tahun) yang lebih dikenali sebagai Hantu Kak Limah di dalam filem genre komedi seram arahan Mamat Khalid tidak menyangka bahawa dia telah terpilih sebagai salah seorang Top 5, Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-32.  

 

Di pencalonan Top 5 Artis Wanita Popular ABPBH 32 – dari instagram @Dalimawati5

Dalimawati yang merupakan salah satu tunggak utama dalam trilogi Hantu Kak Limah telah dipilih untuk membawa watak epik itu buat pertama kali dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah semasa dia berumur 53 tahun. Justeru itu, dia tidak menyangka bahawa kepercayaan yang telah diberikan untuk membawa watak Hantu Kak Limah pada usia yang lanjut telah melonjakkan namanya sehingga tercalon di dalam senarai Top 5 anugerah tersebut.

 

“Ia kejutan besar buat saya. Pada usia emas, saya bersaing dengan nama besar dan popular seperti Erra Erra Fazira, Mira Filzah, Hannah Delisha dan Uqasha Senrose.

 

“Saya berterima kasih kepada peminat yang mengundi. Saya tidak meletakkan harapan, sebaliknya dapat menembusi Top 5 sudah dikira kejayaan besar. Saya tidak sangka, watak hantu pun boleh popular,” katanya.

 

Seram tak??

Eh kakkkk, watak akak tu buat saya tak senang duduk dalam panggung, walaupun saya tau itu cuma lakonan semata-mata! Pendek kata, asal Hantu Kak Limah keluar skrin wayang, memang saya tengok celah jari je. 

 

Namun demikian, dia mengatakan bahawa walaupun wataknya hanya keluar sekejap-sekejap untuk menakutkan penonton, untuk melakonkan watak itu tidaklah mudah kerana menurutnya pengarah Mamat Khalid suka berkarya di waktu malam jadi sementara orang lain enak tidur dibuai mimpi, mereka masih sedang membuat penggambaran dari petang hinggalah ke pagi. Apa nak buat ye tak? Dah nasib badan…dan siapa sangka Hantu Kak Limah dapat menggapai populariti yang tak disangka-sangka! 

 

Pelakon yang berasal dari Kuala Kangsar Perak ini juga berterima kasih kepada Mamat Khalid kerana telah menaikkan namanya dalam industri lakonan melalui franchise Rombongan Cik Kiah dan Hantu Kak Limah. Namun begitu dia pernah menyuarakan kekecewaannya kerana semakin sukar untuk memilih watak bagi pelakon veteran sepertinya memandangkan pelakon yang berusia 40-an juga sudah diberi watak mak. Tapi cukup-cukup sudah. Dalimawati juga menyuarakan hasrat untuk tidak melakonkan watak hantu lagi ye? Penat dah kot asyik jadi hantu je…

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Kris Wu Signs with Universal Music Group!

Does this mean we can expect even more songs from him soon?

Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Buka Syarikat Sendiri, Zamani Kini Di Bawah Pengurusan ZIME Production

Zamani menegaskan tidak melantik mana-mana pihak lain untuk mencetak atau menjual produk yang menggunakan namanya.

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Bakal Bergelar Ibu, Tahniah Ummi Nazeera!

“ Ya, saya hamil empat bulan satu minggu,” kata Ummi di Majlis Pelantikannya sebagai Duta Adavecosmetics di Suka Sucre Bistro, sebentar tadi.

Hiburan Wed, 5 Dec 2018

Ish Ish…Ada Pihak Cuba Lagakan Rita Rudaini Dan Bekas Suami?

Hurm… tak baik tau pisahkan seorang ayah dan anak-anak. Toleransi harus ada, semua berhak bahagia.

Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Featured Mon, 19 Sep 2022

Menguji Kekentalan Jiwa, Generasi Z Kembali Dengan Musim Kedua!

Dengar cerita macam lagi mencabar je musim kedua ni! Wajib tengok 🤩