Hiburan By: SGMS Faida October 22, 2018 @ 10:19am

Bila Jenayah Ibarat Silang Kata Di Fikiran… Saksikan JIBRIL Bermula Malam Ini!

Bila seseorang itu mampu meramal masa depan dan membaca fikiran orang lain, sudah tentu kerja akan jadi lebih mudah kan? Konda Kondi Studios dengan kerjasama pengarah Megat Sharizal mempersembahkan drama JIBRIL lakonan Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Zahiril Adzim dan Sangeeta Krishnasamy.

Lebih drama dan debaran, drama ini mengisahkan seorang peguam bernama Jibril yang memiliki kepintaran luar biasa, ketampanan dan kelebihan melakukan kesimpulan. Urutan peristiwa membawa kepada beberapa kes kematian dan pembunuhan.

Jibril dipanggil untuk membela seorang daripada suspek dan maka bermulalah pendedahan mengenai pertubuhan rahsia, Zerkala yang melakukan keganasan dan pemburuan terhadap ketuanya yang licik menyembunyikan diri.

Drama siri original VIU berjudul Jibril bakal disiarkan di Ntv7 pada 22 Oktober 2018. Menampilkan lakonan Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Zahiril Adzim dan Sangeeta Krishnasamy. Ditayangkan bermula 22 Oktober, setiap Isnin hingga Selasa pukul 10 malam.

JUDUL : JIBRIL

JUMLAH EPISOD : 10 episod

TARIKH TAYANGAN : 22 Oktober 2018

WAKTU SIARAN : Isnin-Selasa, 10:00 malam

SIARAN TV : ntv7

PENGARAH : Megat Sharizal

TERBITAN : Konda Kondi Studios & Playground Productions

PELAKON : Aeril Zafrel, Lisa Surihani, Zahiril Adzim, Sangeeta Krishnasamy, Rusdi Ramli, Nadia Aqilah, Fezrul Khan.

WATAK PELAKON

Aeril Zafrel sebagai Jibril

Lisa Surihani sebagai Mona

Sangeeta Krishnasamy sebagai Jackie

Tony Eusoff sebagai Jonathan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Hantar Anak Check Up Dentist, Alih-Alih Gigi Fizo Omar Yang Kena Cabut!

Pelakon Fizo Omar terkejut apabila mengetahui dia masih memiliki gigi bongsu biarpun sudah menginjak usia 40 tahun.   View this post on Instagram   A post shared by Fizo Omar (@fizoomar) Perkara tersebut diketahui Fizo […]

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Jangan Salahkan Skrip, Bukan Rezeki Dia Dalam Produksi Bagus

Saya tidak salahkan Aiman dengan tindakannya mengeluarkan kenyataan itu sebaliknya beranggapan aktor tersebut bernasib malang kerana berlakon dalam karya dengan skrip tidak bermutu.

Hiburan Wed, 3 Oct 2018

‘Kau Artis Ke Kau Siapa, Ada Aku Kisah?’, Kokom Sentap Dengan Penyanyi Senior?

Sabarlah ya Kokom. Adat hidup, bukan semua orang akan suka hasil kerja atau diri kita walau bagus macam mana sekalipun. ‘Usik-usik’ manja je tu…

Hiburan Fri, 10 Nov 2023

Individu Dakwa Bubblebee Tak Carum KWSP Pekerja & Lambat Bayar Gaji? – “Majikan Bermewah-Mewahan Tapi Pekerja Tercungap-Cungap”

Allahu betul ke ni? Kesian para pekerja tu 😔 Harap pihak Bubblebee boleh beri penjelasan..

Hiburan Fri, 1 Nov 2019