“Bila Nak Kenal, Tiba-Tiba…” – Selepas 2 Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Cat Farish Lebih Suka Sendirian

Penyanyi dan pelakon, Cat Farish akui mempunyai rasa bimbang untuk berkenalan dengan orang baharu selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.

Memetik laporan Harian Metro, Cat atau nama sebenarnya, Farish Ramli, 48, berkongsi bahawa dia cuba untuk mengenali orang baharu namun fikirannya menjadi keliru.

“Saya keliru. Nak kenal orang baru tapi bila sudah kenal, rasa tak senang. Yang muda, tua, sebaya. Sebenarnya, saya rasa lebih suka duduk seorang di rumah dengan anak-anak. Bila berpasangan jadi macam risau. Risau bagaimana nak lebih mengenali orang.

“Risau nak duduk sekali nanti jadi terlalu terikat. Bila pergi studio misalnya, kasihan teringat pasangan di rumah. Takkan saya nak duduk dalam studio sampai jam 4 pagi? Bila nak kenal, tiba-tiba ada hal tak kena. Bawa anak, tak boleh layan anak. Adalah kenal-kenal tapi sebenarnya tak sedia lagi pun.

“Memang sebenarnya dalam empat bulan itu tak payah jumpa sesiapa. Tapi, memang saya tak boleh buat macam dulu dah. Kenal sekejap, tiba-tiba kahwin. Takut nak kenal orang baru, takut nak bermula balik,” katanya kepada Harian Metro.

Malah, Cat menjelaskan bahawa dia bimbang jika tidak dapat berlaku adil kepada pasangan kerana anak-anaknya menjadi keutamaan dan masih berhubungan baik dengan bekas isteri pertama, Hartiny Ramli.

“Saya dengan bekas isteri pertama pun memang sangat rapat. Malah, dengan mak mentua pun sampai sekarang masih sokong perniagaan saya, ajak datang makan. Masih anggap saya maca manak dia.

“Adakah pasangan saya kelak boleh terima perkara itu? Macam bekas isteri mesej pasal anak, bolehkah dia terima? Hal-hal ini yang saya sangat takut. Tak adil untuk pasangan. Hal-hal tak sebulu ini tak baik,” ujar Cat.

Untuk rekod, Cat baru sahaja menceraikan isterinya menerusi perkahwinan kedua bersama Suriani Hassan, 37 dengan talak satu.

Sebelum itu, Cat berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada 2016.

Hasil perkongsian hidup, Cat dan Hartiny dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15 Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12.

Artikel Berkaitan: “Sampai Hari Ini Saya Tertanya Kenapa Diceraikan” – 2 Tahun Berkahwin, Isteri Dakwa Cat Farish Lafaz Cerai 3 Kali Dalam Satu Masa

Artikel Berkaitan: Selepas Didakwa Lafaz Talak 3 Kali Tanpa Sebab, Cat Farish & Isteri Sah Bercerai

Artikel Berkaitan: “Awal-Awal Dia Dah Keluar Rumah…” – Bukan Talak 3, Tapi 1! Cat Farish Dedah Punca Cerai Gara-Gara…

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari