Featured By: Atiqah Johari June 29, 2022 @ 7:00pm

Bimbang Akan Psikologi Anak, Suami Pengasas Dnars Bertegas Mahu Saman Individu Cetus Fitnah

Suami kepada pengasas kosmetik Dnars, Datuk Ahmad Shah Rizal Ibrahim menegaskan dia akan kenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya.

Hal ini kerana dia bimbang akan psikologi anaknya apabila kematian isterinya Allahyarham Faziani Rohban dibangkitkan semula dan menjadi pertikaian ketika ditemui di sidang media pada Rabu.

“Anak saya tidak memberikan sebarang reaksi, namun saya bimbang sekiranya ada yang bertanyakan hal ini kepadanya dan ia secara tidak langsung menimbulkan kesan psikologi.

“Anak saya berusia sembilan tahun dan masih bersekolah. Jadi tentu sahaja saya risau tentang keadaannya,” katanya kepada majoriti.

Memetik laporan majoriti, tindakan undang-undang dibuat melalui peguam Nik Zarith Nik Moustpha menerusi tetuan Manz Co Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co.

Berhubung isu baru-baru ini, Shah Rizal memaklumkan bahawa dia masih belum dipanggil oleh pihak polis untuk tampil memberi kenyataan.

“Saya maklum dengan laporan polis, tetapi sehingga ke hari ini saya tidak menerima sebarang panggilan untuk membantu siasatan,”ujarnya.

Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat oleh ahli keluarga Allahyarham bagi membuka semula siasatan mengenai kematian Allahyarham Faziani Rohban kerana meragui kematiannya mempunyai unsur lain.

Untuk makluman, laporan polis yang kedua telah dibuat oleh abang Allahyarham Faziani berkaitan pertukaran pemilikan saham syarikat usahawan wanita itu pada 26 Jun lalu.

Sumber:majoriti

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 18 Jul 2019

Penerima Ijazah Kelas Pertama Ini Sanggup Kerja Sambilan Sebagai Tukang Cuci, Bawa Ibu Bapa Ke UK

Korang rasa hadiah apa yang korang dah bagi kat ibu bapa korang? Hurmmm.

Trending Mon, 24 Dec 2018

PowerPoint做动画!网路神人精彩绘制东京车站

谁说打开Microsoft Office,就只能打报告、做模型、准备简报这种基本文书处理?

Featured Mon, 20 Feb 2023

Individu Dakwa Intan Najuwa Sudah Bertunang Dengan Lelaki Berstatus Datuk?

Wahhh, kalau betul apa salahnya kan ❤️🥰🥰

Featured Thu, 16 Feb 2023
Events Tue, 14 Mar 2023
Trending Fri, 20 Apr 2018

Shila Amzah Sah Bergelar Isteri. Hati Peminat Lelaki Patah Seribu Tak?

Shila Amzah sah bergelar isteri Haris Idraki Elias dengan sekali lafaz.

Trending Mon, 9 Jul 2018

Sebelum Misi Bermula, Saya Dah Rasa Tak Sedap Hati…Isteri Penyelam Thailand Luah Rasa

Saya nak beritahu dia yang saya amat sayangkan dia dan boleh diakui tiada lelaki macam dia dalam dunia ini. Saya akan tetap sayangkan dia, sayang saya kepadanya tidak akan berubah

error: Content is protected !!