“Bini Dah Buka Tudung, Nak Jawab Apa Depan Allah?” – Individu Komen Celupar, Raf Yaakob Bidas… Syukur Terima Panggilan Ke Tanah Suci Di Saat Akhir

Suami selebriti sensasi, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob tidak menyangka bakal menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Kota Makkah.

Menurut Raf, dia sepatutnya mahu pulang ke Kelantan, namun tidak menyangka ada menerima panggilan mengejut memaklumkan perkara berkenaan.

“Panggilan Allah SWT yang tak diduga. Sepatutnya semalam saya balik ke Madrasah Islamiah Ahbabul Mustafa (MIAH) di Kelantan. Rindu dengan tok guru dan Ahbab-ahbab di sna. Tiba-tiba dapat peluang untuk ke Makkah secara mengejut.

“Tak prepare apa-apa, flight pun belum beli, visa tak ada. saya buat apa yang perlu. Tawakkal dan berserah dipermudahkan, macam tak percaya.

“Jadi malam ini saya akan berangkat ke Arab Saudi. Pada semua yang mengenali, saya nak minta maaf sekiranya ada tersalah kata dan tersalah laku selama ini. Halalkan makan minum saya, susun 10 jaria ampun maaf ya semua,” tulinsya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berharap Raf akan mendapat ibadah Umrah yang mabrur serta akan banyak mendoakan buat isterinya, Mawar agar kembali berhijab.

Namun begitu, berdasarkan pemerhatian XTRA, ada individu yang memberi komen pedas kepada Raf berkenaan isu Mawar yang kini telah membuka tudung.

“Bini kau dah buka tudung, apa kau nak jawab depan Allah? Tak rasa malu ke?” ujar individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Raf membidas komen tersebut dan mengajak individu berkenaan untuk bertemu empat mata dengannya di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) malam ini.

“I see you commenting in all my posting. You don’t talk with me in this manner here. You come and see me face to face. Meet me at KLIA International tonight at 9 pm,” selarnya.

Individu berkenaan turut membalas semula komen Raf itu yang tidak mahu berjumpa dengannya sebaliknya menyuruh suami Mawar itu untuk berhadapan Allah SWT dan memohon maaf.

“Fuh, nama jawa tapi speaking. Jumpa aku nak buat apa? Tu jumpa Allah menghadap depan dia, kau menjawabkah nanti.. Benda wajib brother, malulah kalau aku,” balas individu itu.

Sebelum ini, nama Mawar hangat menjadi buah mulut ramai selepas selebriti ini berkongsi dua foto memakai baju busana putih dan menunjukkan rambutnya.

Mawar bagaimanpun mengakui gagal untuk istiqamah, namun masih mencuba untuk mendekatkan dirinya kepada Sang Pencipta.

Artikel Berkaitan: Lagi Selebriti Wanita Berhijab ‘Unboxing’… Mawar Rashid Buka Tudung – “Saya Dah Cuba, Tapi Gagal”

Artikel Berkaitan: “Asal Dia Bahagia & Tenang Dalam Hidup” – Ahli Keluarga Sokong Segala Keputusan, Fazley Yaakob Yakin Mawar Rashid Dah Fikir Dengan Matang

Artikel Berkaitan: Isu Buka Tudung, Mawar Rashid Tampil Buka Mulut – “Sungguh Semua Dah Berlaku Tapi Saya Masih Berusaha Jaga Hubungan Dengan Allah”

Aqilah Paharuzi