Bintang Disney Ini Meninggal Dunia Di Usia 20 Tahun

Pelakon kanak-kanak yang popular menerusi filem Mirrors Dan Grown Up 2, Cameron Boyce disahkan meninggal akibat serangan sawan ketika sedang tidur.

Cameron Boyce sebelum ini dilaporkan telah menjalani rawatan bagi menangani masalah penyakit sawan beliau. Namun, apa yang mengejutkan peminat Boyce masih terlalu muda untuk ‘pergi’ apatah lagi ketika nama beliau sedang meningkat naik. 

Semasa hayat beliau, Boyce sering terlibat dalam pelbagai aktiviti amal sehingga menerima penghargaan Pioneering Spirit Award di Thirst Gala tahun lalu. Dan usahanya itu membolehkan beliau mengumpul sebanyak AS$30,000 bersamaan RM124,077  bagi membina telaga dan menyalurkan air bersih di Swaziland, Afrika Selatan.

Rata-rata peminat beliau tidak ketinggalan meninggalkan ucapan takziah diruangan komen instagram miliknya.

Salma Syahbuddin