Featured By: Atiqah Johari September 23, 2022 @ 5:08pm

Bob Lokman Meninggal Dunia

Pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 58, telah dilaporkan meninggal dunia akibat derita penyakit jantung, kira-kira pukul 2 petang.

Memetik laporan mStar, Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman telah menghembuskan nafas terakhir di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan pada Jumaat.

Berita duka ini telah disahkan oleh anak lelakinya, Ahmad Sufian.

Anaknya turut memaklumkan bahawa arwah mengalami sesak nafas sejak Khamis malam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Semasa arwah ayah sesak nafas, abang dan ibu tiri saya berada di sisinya. Namun tidak lama kemudian ketika ahli keluarga berehat mereka dikejutkan dengan kematian arwah,” katanya kepada mStar.

Untuk makluman, 8 April lalu Bob telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang gara-gara kesihatannya kembali merosot akibat masalah buah pinggang.

Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Isyak.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

‘ Banyak Lagu Bagus Tapi Belum Pernah Dinyanyikan Live’- Aishah Idam Konsert Solo

Memiliki lebih 100 buah lagu sebelum ini, Aishah tidak mahu hanya lagu Janji Manismu sahaja yang terus dikenang. Lagu Janji Kita pun best kan?

Featured Fri, 15 May 2020

Denda RM1,000 atau 6 bulan penjara jika ingkar PKPB

Orang ramai diminta patuh arahan, elak dipenjara

Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Memang WOW! Mark Adam Sebut Nama Artis Wanita Popular Dalam Lagu Barunya

Kemunculan penyanyi Mark Adam di Majlis Penghargaan Stokis & Agen Bee Factory sememangnya menarik perhatian tetamu yang hadir. Dengan gaya bersahaja, Mark menyampaikan lagu terbarunya berjudul Amnesia. “ Amnesia bermaksud lupa atau hilang ingatan. Dalam lagu […]

LIFESTYLE Thu, 13 Sep 2018
Featured Sun, 24 May 2020
Hiburan Fri, 10 Feb 2023