“Boleh Dikatakan Tiap Masa Terima Panggilan Kematian…” – Noorkhiriah Minta Netizen Jangan ‘Hanyut’

Pelakon Noorkhiriah mengaku berasa insaf apabila hampir setiap hari menerima panggilan mengenai kematian.

Katanya, setiap individu yang menyedari isu ini akan menganggap, bahawa dunia hanyalah sementara dan apa yang dimiliki sekadar pinjaman semata-mata.

“Jika kalian ada dekat tempat saya, apa yang boleh dikatakan setiap masa terima panggilan mengenai kematian.

“Dan, akan rasa bahawa dunia ini tidak ada apa-apa. Cukup sekadarnya. Kerana itu, apa sahaja yang ada saya akan jalan sahaja.

“Ending hidup berbatu-batu. Maka memadai sahaja. Jangan sekali anda bersedih dengan tipu daya dunia… jangan!,” katanya.

Perkara itu dikongsi Noor Khiriah atau nama penuhnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Sekadar info, Noorkhiriah telah melakukan kerja amal menguruskan jenazah secara percuma yang diusahakan bersama suami, Azfaizul Ahtan di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dua tahun lalu.

Malah, inisiatif ini turut mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat.

Salma Syahbuddin