Featured By: Arfah December 12, 2021 @ 2:11pm

Britney Spears Tak Rancang Nak Jemput Ahli Keluarga Hadiri Perkahwinannya

Selepas berjaya memperoleh hak kebebasan untuk membuat keputusan dan memiliki semula pendapatannya sebagai seorang artis, Britney Spears kini memilih untuk hidup dalam keadaan yang membahagiakannya.

Baru-baru ini, penyanyi Baby One More Time itu memberitahu sumber Us Weekly bahawa dia tidak sabar untuk merancang perkahwinannya dan memulakan hidup baru bersama tunangnya, Sam Asghari.

Sumber tersebut juga memberitahu setakat ini tiada seorang pun ahli keluarga Britney yang dijemput ke perkahwinannya.

Britney dikatakan sangat teruja kerana akhirnya dapat membuat keputusan sendiri dalam perihal perkhawinannya dan kini sedang melakukan persiapan perkahwinan.

Sam, 27 yang merupakan seorang jurulatih peribadi bertemu dengan Britney, 40 buat kali pertama di set penggambaran muzik video Britney “Slumber Party” pada 2016.

Mereka kemudiannya bertunang pada September tahun itu.

Sumber juga mengatakan Sam merupakan orang yang Britney percaya 100 peratus.

Britney sebelum ini menderita kerana hidupnya dikawal oleh ayahnya sendiri, Jamie Spears dan beberapa individu yang tidak membenarkannya untuk menikmati hidup sebagai seorang manusia yang normal kerana dia berada di bawah hak penjagaan mereka secara sah.

 

 

Sejak 2008, Britney tidak dibenarkan untuk membuat keputusan peribadi dan memiliki akses kewangannya sendiri.

Namun, hak penjagaan yang telah berlaku selama 14 tahun itu telah tamat secara rasmi pada perbicaraan di mahkamah Los Angeles pada 12 November lalu.

Britney juga pernah menyatakan hasratnya untuk memfailkan saman terhadap keluarganya terhadap penderitaan yang dialami selama ini.

Sumber: Us Weekly

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Sep 2019
Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Ingin Masuk Anugerah Juara Lagu, Tiada Lagi Seksi- Seksi

“Janji Tiada Lagi Tarian Seksi, Mahu Lagu Masuk AJL”

Trending Wed, 20 Nov 2019

Limited G-Dragon X Nike Collab Sneakers Got Resold For RM35,000; That’s Almost RM34,000 More Than Its Normal Price!

G-Dragon, who doesn’t know him? Even if you’re not a fan of K-Pop or a fan of fashion, you must have at least heard of “wow, fantastic baby” once in your entire life. And who

Featured Thu, 5 Jan 2023

Mamat Got No Chill Dedah Pernah Kerja Bundle Sebelum Terkenal!

Umum mengetahui, pempengaruh Mamat Got No Chill atau lebih dikenali dengan panggilan Mamat sering memuat naik video menarik sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian menerusi podcast 3 Tambah 1 yang dikendalikan

Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Demi Anak, Bella Sanggup Terima Aliff

Kadang kala kita tak tahu apa yang orang lain rasa melainkan kita sendiri pernah melaluinya…

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

‘Parut’ Punya Hal, Nina Iskandar Disuruh Pakai Stokin?

Alahai netizen pun, itu kan lebam bukan parut

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Terungkailah Sudah Siapakah Gerangan Protege Bagi Mentor 7?

Bermula 28 Oktober ini, jangan lupa saksikan setiap Ahad jam 9 malam. Mentor 7 bakal bersiaran secara LIVE dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Tengok okay!

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Selepas Lagu Cinta Kita 2, Ahmad Adly Tampil Dengan Nota Hasratku

Finalis program Lagu Cinta Kita 2 (LCK2), Ahmad Adly kini tampil dengan single terbaru berjudul Nota Hasratku. Mengorak langkah tampil dengan lagu ciptaannya sendiri bersama komposer Nuriman, Adly mengakui LCK2 memperkenalkan namanya kepada peminat seni

Events Fri, 3 May 2019

Scha Alyahya & Downy Natural Come Together to Celebrate Women’s Natural Selves

The latest Downy products leave clothes with a light, refreshing, natural scent that lasts throughout the day to add a confidence boost for women to flaunt their natural selves.

| Live TV