“Broken Tapi Masih Bertahan” – Tampil Seksi, Zarina Anjoulie Dah Putus Tunang?

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie didakwa sudah putus tunang dengan ahli perniagaan, Datuk Khazrul Elzey setelah dua minggu mengikat tali pertunangan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju seakan-akan memberi bayangan bahawa dirinya sedang patah hati.

Di dalam video tersebut juga, Anju tampil berpakaian seksi dan kelihatan sedih ketika menghadiri majlis hari jadi temannya.

“Broken tapi masih bertahan,” ujarnya di kapsyen hantaran itu.

Berdasarkan pemerhatian Xtra, seorang individu memberitahu Anju ada membuat pendedahan semasa siaran langsung di TikTok bahawa hubungannya dan Elzey sudah putus.

“Dah putus ke?,” tanya netizen.

“Ye pagi tadi live TikTok Anju bagitahu takde jodoh dah,” jawab individu tersebut.

Malah, gambar mereka bersama juga sudah dipadam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penampilan berani Anju dan tertanya-tanya apa yang berlaku.

Untuk rekod, Anju dan Elzey telah mengikat tali pertunangan dan berkongsi di media sosial pada 22 Januari 2023 namun hantaran tersebut telah dipadam oleh kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar pada 2020 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada Mei tahun lalu.

Zarina juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun telah bercerai pada Disember 2016.

Maya Basir