Featured By: Khairil Khusyairi March 10, 2023 @ 10:25am

Bront Palarae Harap Pihak Produksi Buka Mata Dengan Bakat Baharu – “Watak Lebih Penting Daripada Jumlah Followers”

Aktor terkenal Bront Palarae menyifatkan bilangan pengikut yang ramai dalam media sosial atau sebaliknya bukanlah kayu pengukur kejayaan dalam sesebuah naskhah.

Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin itu mempersoalkan mengapa perlunya melihat jumlah pengikut sedangkan anak seni mempunyai bakat tersendiri.

“I told you so. Kita ada bakat dan kenapa sebelum ini kita rasa kepercayaan orang melihat followers lebih penting daripada bakat? Lebih kepada kesesuain watak.

“Kita sentiasa merasakan kita salah atau tak faham sesuatu yang mungkin pihak atasan faham atau tidak. Tapi bila tengok mereka punya teori tak berjaya juga. Followers ramai tak laku juga.

“Alhamdulillah, bila tengok Projek: High Council selain berjaya dari sudut penceritaan dan gaya lakonan yang meyakinkan. Naskhah tersebut juga mencetuskan fenomena luar biasa sama seperti apa yang berlaku ketika filem Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta? dahulu.

“Awal 2000-an dahulu, Rangga (Nicholas Saputra) dan Cinta (Dian Sastrowardoyo) turun KLCC, orang berkerumun macam semut. Fenomena yang sama,” ujarnya.

Bront ditemui pada malam gala filem Rajah di DADI Cinema, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah Bront, dia mengharapkan pihak produksi dapat membuka mata dengan bakat-bakat baharu tanpa melihat jumlah pengikut media sosial.

“Harapnya, dengan apa dicetuskan drama tersebut membuka mata lebih ramai produser bahawa kesesuaian memainkan peranan atau watak itu lebih penting berbanding jumlah ‘followers’ dalam media sosial.

“Kalau pelakon main ‘best’, penonton akan ikut sahaja. Ramai saja pempengaruh yang saya ‘follow’ tapi kalau mereka berlakon filem, lantak mereka sebab tak lalu saya nak tengok.

“Misalnya atau maksud saya, kalau setakat mereka (pempengaruh) buat ulasan atau unboxing (buka kotak produk), baik mereka buat itu sahaja, tak payah kita tengok mereka di pawagam,” jelasnya.

Filem Rajah dibintangi oleh pelakon hebat tanah air seperti Bront Palarae dan Shaheizy Sam. Rajah turut menampilkan bintang hebat dari pelbagai negara seperti Josie Ho (Hong Kong), Atiqah Hasiholan (Indonesia), Dominic Monaghan (British), Hannah New (United Kingdom) bakal menemui penonton di pawagam 9 Mac 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 12 Feb 2020
FESYEN Wed, 2 Oct 2019
Contest Fri, 16 Nov 2018

#xtra好康头 | 让你跟「爱冒险的朵拉」一起去探险

送你VIP入门票,让你跟「爱冒险的朵拉」一起去探险!

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mamat Exists Bebas Dengan Jaminan Polis

Selepas ditahan polis atas kesalahan dadah pada Ahad malam, vokalis Exists, Mamat dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan polis sekitar pukul 4.30 petang, Selasa. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim yang berada di

Trending Thu, 22 Apr 2021

Scha Alyahya Akui Jarang Ada Masa Dengan Awal Ashaari?

Tapi love sangat couple ni! Dia punya stylo tu jangan cakap lah…♥

Contest Mon, 28 Oct 2019

xtra好康头 | 送你云顶世界《尸速列车》鬼屋入门票

xtra好康头 将送你云顶世界《尸速列车》鬼屋入门票,让你向自己的胆量极限发起挑战!

Trending Tue, 28 Apr 2020
Hiburan Sun, 4 Feb 2018

Uma Thurman, Angelina Jolie “Mangsa” Gangguan Seksual Penerbit?

Nak menjadi popular bagi seseorang individu yang baharu mengenal dunia hiburan bukannya satu perjalanan yang licin. Tidak dinafikan ada berlaku gangguan seksual oleh sebilangan penerbit yang mahu mengambil kesempatan

Featured Tue, 23 Mar 2021

Bantuan 4,000 Peranti Kepada Pelajar B40 – Menteri Pengajian Tinggi

Menerusi Inisiatif Pakej Pelan Data dan Peranti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengagihkan kira-kira 200,000 pelan data dan 4,000 peranti kepada pelajar kumpulan B40 bagi membantu mereka mendapat akses kepada pendidikan berkualiti semasa pandemik. Menterinya,

| Live TV