Featured By: Maya Basir April 11, 2023 @ 5:50pm

Buat Aksi Spastik Sambil Tunjuk Jari Tengah, Lan Pet Pet Persenda Golongan Penghidap Cerebral Palsy?

Pelakon dan pelawak, Lan Pet Pet didakwa mempersendakan golongan penghidap Celebral Palsy (CP) apabila membuat aksi spastik di dalam sebuah video.

Memetik laporan Harian Metro, video yang berdurasi 19 saat itu memperlihatkan Lan atau nama sebenar Mazlan Ahmad sedang makan sambil melakukan aksi tersebut dengan dialog kurang jelas.

Pada saat terakhir video tersebut, dia turut menunjukkan jari tengah yang menjadi simbol tidak senonoh dalam masyarakat.

Menurut individu yang berkongsi video tersebut, dia terkilan dan tidak senang dengan perbuatannya yang dikatakan biadap.

“Saya tak suka betul benda-benda begini dibuat gurauan. Celebral Palsy atau spastik ini satu anugerah dari Allah.

“Buat gurauan macam ini sangat kurang ajar. Siap tunjuk ‘middle finger’ tu bergurau.

“Sebagai guru pendidikan khas, saya tak suka. Tak ada kesedaran sivik langsung,” katanya.

Namun begitu, status video tersebut masih belum diketahui sama ada baharu ataupun lama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 2 Jul 2018
Events Thu, 20 Feb 2020

[VIDEO] Alvin Chong ‘Simpan Rahsia’ Emma Maembong Bakal Berkahwin?

Wah, bagus jugak rupanya Alvin jadi penyimpan rahsia eh!

Featured Fri, 15 Sep 2023
Trending Fri, 19 Jan 2018

Jom Ubah Stail!

Jika masih dengan imej lama, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berubah kepada imej baru. Mungkin tidak secara keseluruhan, tetapi boleh lakukan secara berperingkat.

Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Trending Thu, 11 Jun 2020
Trending Fri, 10 Apr 2020
Featured Fri, 5 Nov 2021

“Sangat Mencabar, Tapi Saya Rasa Saya Akan…” – Ismail Izzani Akui Sukar Buat Pilihan

Selalu macam tu kan penyanyi nak jadi pelakon, pelakon nak jadi penyanyi….

Featured Sat, 31 Dec 2022

Hadiahkan Vellfire Untuk Keluarga, Syafiq Kyle Dipuji Netizen – “Dahlah Handsome, Baik Pulak Tu”

Pelakon terkenal, Syafiq Kyle menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Vellfire buat keluarganya. @zarifrecondcar Thank You Syafiq Support Zarif Recond Car | Vellfire Golden Eyes #fyp #foryou #toyota ♬ DJ KNOW ME TOO WELL – REMIX […]