Buat Hal! Ucapan Aeril Zafrel Di TikTok Award Curi Perhatian, Netizen Komen: “Sempat Lagi Meng*njing Abang Tesla”

Diiktiraf sebagai Celebrity of The Year pada TikTok Awards Malaysia yang berlangsung semalam, pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel mencuri perhatian selepas video pendeknya ketika memberikan ucapan pada anugerah berkenaan tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Aeril kelihatan tampil memakai sut lengkap berwarna merah sambil memberikan ucapan di atas pentas.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah, ucapan Aeril ketika menyebut ‘isteri pertama’ ternyata menggamatkan suasana, malah ada dalam kalangan pengikut aktor berkenaan berpendapat kenyataannya itu diibaratkan sebagai bersifat sarkastik atas isu kontroversi membabitkan Abang Tesla.

“Terima kasih TikTok Malaysia, terima kasih juga kepada yang vote saya. Tak lupa kepada tulang belakang saya selama ni, family, team Wawa.

“Tak lupa juga buat ‘isteri pertama dan terakhir, saya tak habis cakap lagi, Wawa Zainal yang selalu ada dengan saya. Teruskan support live kami jangan lupa tap tap skrin bagi gift lion ke apa. Terima kasih semua,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Aeril memberikan respons terhadap hantaran video berkenaan.

Bahkan, ada yang teruja dan terhibur dengan ucapan yang diberikan pada malam tersebut.

“Nasib baik isteri pertama dan terakhir.

“Isteri pertama dan terakhir… aduiii lah aeril zafrel.

“Sempat lagi dia meng*njing Abang Tesla dekat situ.

“Akhirnya presiden TikTok dah diiktiraf, kelakar betul Aeril,” komen netizen.

Video berdurasi 40 saat yang dikongsikan itu telahpun di tonton lebih 300,000 tontonan dan menerima lebih 19,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Salma Syahbuddin