Pelakon Emma Maembong tampil mengumumkan dirinya bersama suaminya, Muhammad Shazli Azhar bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Sophia Albarakbah yang hadir ke majlis Gender Reveal pasangan itu menerusi perkongsian di Instagram Story (Igs).
Dalam perkongsian tersebut, majlis itu juga dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat Emma yang turut berkongsi rasa teruja menantikan kedatangan cahaya mata kedua pasangan itu.
Sebelum ini, Emma telah berkongsi berita kehamilannya selepas memuat naik videonya memberi kejutan untuk suaminya, Shazli ketika membuat review produk.
Terdahulu, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel, 2.
ARTIKEL BERKAITAN: Produk Review Jadi Kejutan, Emma Maembong Hamil Anak Kedua