Featured By: Aqilah Paharuzi March 10, 2022 @ 2:59pm

Buat Perubahan Last Minute Semasa Persembahan Sepi, Aina Abdul Layak Memenangi Vokal Terbaik #AJL36

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Aina Abdul menukar cara nyanyian di saat akhir ketika membuat persembahan lagu Sepi, hasil ciptaannya sendiri bersama Wan Zakaria.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram, Aina mendedahkan teknik vokal F# di hujung persembahan sepatutnya lebih panjang dan smooth.

Namun, Aina terpaksa berfikir dengan bernas lalu terus menukar gaya nyanyiannya pada saat akhir, setelah menyedari bahawa perutnya tidak kuat untuk menahan ‘note’ tersebut.

Tambah Aina, antara faktor lain peristiwa itu berlaku adalah kerana dia berasa sangat gementar pada malam terbabit.

“My last F# was supposed to be a long smooth note as how I planned it to be, but indeed kita boleh plan, but yang jadi nanti tak tentu lagi perut kuat ke tidak untuk hold the note (being nervous is also a factor).

“Thank god Aina dah hafal arrangement ni by heart, so during live, di saat akhir, I changed my singing dekat hujung tu,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Aina juga berkata dia akan menyesal sekiranya dia berdegil untuk terus menyanyi dengan teknik vokal tersebut.

Aina mengakui peristiwa yang berlaku semasa malam kemuncak AJL 36 memberikan pengajaran yang terbesar pada dirinya.

“I knew for sure, kalau Aina degil juga nak hold the note, I would ended up cracking it and akan menyesal.

“So I changed my rhythm abit. My point is, it’s okay to adapt and adjust to your situation.

“My biggest lesson is to sing smart, not sing hard.” katanya.

Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, terdapat juga rakan-rakan selebriti yang kagum dengan persembahan Aina pada malam itu antaranya ialah Lah Ahmad, Noryn Aziz, Wany Hasrita dan lain lagi.

Artikel berkaitan: 3 Hari Berlalu, #AJL36 Masih Trending di Media Sosial… Cinta Marsha Milan Trending #1 YouTube, Raih 1.5 Juta Tontonan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Jun 2021

Malaysia Berjaya Capai Sasaran Beri 150,000 Vaksin Sehari

Kadar vaksinasi harian sebanyak 150,000 sudah berjaya dicapai semalam dan angka itu dijangka terus meningkat berikutan 16 juta dos vaksin Covid-19 yang bakal tiba dalam tempoh dua bulan. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin […]

Eat Travel Tue, 5 May 2020

Ingatkan hiasan, rupa-rupanya makanan. Cantik sungguh!

Boleh buat hiasan dinding jika mahu

Featured Thu, 7 May 2020
Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

Terdahulu, penyanyi berusia 28 tahun ini mula dikenali sebagai Tiffany atau Tiffany Hwang namun menukar nama pentas ke Tiffany Young.

Featured Tue, 27 Sep 2022
Hiburan Tue, 28 Feb 2023

Jasper Supayah Lega Watak Gedik Menjadi

Jasper Supayah puas hati

Trending Tue, 4 May 2021
error: Content is protected !!