Featured By: Fatin Nurain December 21, 2022 @ 10:59am

Buat Trend ‘Wednesday Dance’, Sweet Qismina & Adam Lee Curi Perhatian Peminat

Pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee sekali lagi mencuri perhatian peminat selepas melihat kemesraan mereka membuat trend TikTok bersama.

Menerusi perkongsian di TikTok, Sweet dan Adam telah membuat trend ‘Wednesday Dance’ dengan menggunakan lagu Goo Goo Muck nyanyian The Cramps, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Sweet turut meniru cara dandanan rambut seperti aktres Jenna Ortega yang merupakan watak utama dalam drama bersiri Netflix itu.

“Kasi chance lah ikut trend dengan husband,” tulisnya.

@sweetqisminaofficial Kasi chance lah ikut trend dengan husband @AdamLee yg penting breakoat dekat mulut eh🤭 korang kalau nak breakoat boleh tekan beg kuning #fyp #breakoat ♬ original sound – Netflix

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya terhibur melihat gelagat mereka, bahkan ada yang mengatakan muka Sweet persis Jenna.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima sebanyak 221.900 tontonan dan 11,600 tanda suka di platform itu.

Terdahulu, Sweet dan Adam telah mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet Qismina & Adam Lee Saling Menjaga Batas Dalam Lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih Maldives Atau Eropah Sebagai Lokasi Honeymoon, Sweet Qismina & Adam Lee Tangguh Bulan Madu Gara-Gara….

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Lee & Sweet Qismina Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz! Pilih Mas Kahwin RM2,410.97 Kerana….

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 May 2022
Hiburan Wed, 28 Aug 2019

‘Mustahil Tanpa Awak Saya Sebahagia Ini’- Ucapan Abil Buat Suami Sweet Habis!

You’re more than anything in this world. No one can replace you…

Trending Mon, 3 May 2021
Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Sudah-sudahlah tu kecam Iqram

Tak habis lagi ke nak kecam Iqram, sudah-sudahlah kecam dia

Trending Sat, 23 Mar 2019

Wanita Meninggal Dunia Sebelum Sempat Anak Disemadikan

Mak Ikut Anak ‘Pergi’, Wanita Hadir Majlis Pengebumian Anak Meninggal Dunia Sebelum Sempat Anak Disemadikan

Trending Wed, 30 Jun 2021

Tiga Rakyat Malaysia Terima Anugerah Diana 2021

Perghhh… Tahniah diucapkan!

Trending Mon, 25 Feb 2019

这款让人脸红「形状」项链竟在网上卖到缺货!

女子将项链设计成让人「脸红的形状」放上网路,大家竟然抢着要还卖到缺货先关店!