“Buatlah Apa Awak Nak Buat” – Nama Bekas Suami Terpalit, Syamsul Yusof Bagi ‘Greenlight’ Puteri Sarah Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar

Pelakon Puteri Sarah tetap dengan keputusan untuk meneruskan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar yang dikenali sebagai Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Menurut Sarah, dia memberitahu sudah berbincang dengan bekas suami, Syamsul Yusof tentang perkara tersebut dan menyerahkan kepadanya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Kebetulan masa saya dapat semua info tu adalah pada hari saya dah habis tempoh edah.

“Bila berlaku pada hari tu saya tertanya-tanya kenapa perkara ni tak habis-habis lagi ni? Saya tak kacau awak, awak janganlah kacau saya.

“Bila saya tengok apa yang dia tulis bukan sahaja cerita pasal saya tapi family saya dan Syamsul juga.

“So, bila saya dah dapat semua bukti tu, saya terus call Syamsul dan tunjuk pada dia apa nak buat? Kita dah tak ada masalah, tapi orang lain pula ada masalah dengan kita.

“Kalau kita tak buat sesuatu, perkara ni akan berpanjangan dan akan memburukkan imej saya.

“Syamsul kata, buatlah apa yang awak nak buat dan saya okay saja. Jadi, saya buat apa yang saya rasa terbaik,” ujarnya semasa ditemui di sidang media Teater Muzikal Kanak-Kanak Pak Pandir & Labu Ajaib, semalam.

Malah, Sarah juga telah menghubungi bekas bapa dan ibu mentuanya untuk menjelaskan perkara yang berlaku dan memberi keizinan untuk mengambil sebarang tindakan.

“Mereka pun kesian dengan saya dan mahu saya menjalani hidup dengan tenang. Maybe ada yang kata saya tak habis-habis dengan isu ni, tetapi orang lain yang tak habis-habis.

“Saya harap lepas ambil tindakan, ini adalah kali terakhir. Saya dah penat. Kali ni saya memang buat betul-betul dan tak akan tarik semula.

“Saya tarik saman dulu tu sebab saya dan Syamsul nak mencapai persetujuan supaya masing-masing dengan tenang dan jalani kehidupan masing-masing. Tapi bila semua dah settle, timbul pula isu ni.

“Saya tak reply pun mesej dia. Biarlah pihak peguam saya yang uruskan. Jika kami terus bercakap secara personal takut nanti timbul hal lain pula,” jelasnya.

Maya Basir