Featured By: Attiqah Mohd August 13, 2021 @ 5:40pm

“Budak Lelaki Mimpi Arwah Diserbu Kanak -Kanak Palestin Di Suatu Tempat Cantik” – Shuib

Pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu mengakui hilang kata-kata apabila satu demi satu kisah mengenai arwah isterinya, Siti Sarah diceritakan kepadanya.

Kongsi Shuib di majlis tahlil Arwah Siti Sarah semalam, dia begitu tersentuh apabila menerima nota suara wanita tidak dikenali yang mendakwa anaknya telah bermimpi bertemu Sarah di suatu tempat yang indah.

Menerusi nota suara itu, katanya, ibu berkenaan menceritakan anaknya yang masih kecil mengejutkannya dari tidur sekitar jam 4 pagi dan berkongsi kisah mengenai mimpinya.

“Hari ini (semalam) saya terima satu nota suara ini. Ketika itu, saya amat merindui, keadaan saya ‘koyak’ teruk sambil menangis duduk atas kerusi yang arwah suka duduk, setiap pagi.

“Ia adalah nota suara seorang wanita yang menceritakan mimpi anaknya. Wanita ini beritahu anaknya mengejutkannya jam 4 pagi semalam (kelmarin) untuk menceritakan mimpinya,” katanya.

Menurut Shuib, dalam mimpi tersebut kanak-kanak lelaki itu sampai ke satu tempat indah, di mana tidak pernah melihat kawasan secantik itu dan ternampak seorang kakak baru sampai.

Dia nampak seorang kakak baru sampai, seperti terpinga-pinga melihat sekeliling dan duduk atas kerusi. Kemudiannya, ada ramai kanak-kanak datang menyerbunya.

“Anak itu beritahu kenal kanak-kanak menyerbu kakak berkenaan, itulah kanak-kanak Palestin. Ketika dikelilingi kanak-kanak Palestin, dia sempat berbual dengan kakak ini.

“Kakak ini memberitahu namanya Sarah. Kemudiannya, mereka membawa kakak ini berjalan-jalan melihat kawasan sambil naik dan minum lembu susu bersama,” katanya.

Kata Shuib lagi, kanak-kanak itu bertanyakan kepada ibunya adakah dia mengenali siapa Sarah dan ibunya menunjukkan wajah arwah kerpada anaknya, lantas budak itu memberitu itulah kakak yang ditemuinya dalam mimpi tersebut.

Shuib berkata dia tidak tahu isterinya terbabit dalam program ibadah korban di Gaza.

“Dalam diam, arwah buat sendiri dan saya tidak tahu ibadah korban yang dibuat di Gaza. Arwah ada juga buat ibadah korban di Puchong.

“Saya pernah dengar, apabila melakukan ibadah korban, tunggangan kita di akhirat nanti adalah haiwan dikorbankan seperti lembu. Jadi, mimpi diceritakan wanita ini membuatkan saya terfikir soal amalan arwah,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendedahkan Allahyarham Siti Sarah menyertai program ibadah korban di Gaza yang mana seekor lembu dibayar dengan harga belasan ribu ringgit.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Aug 2019

Dakwaan Dikongkong Janna Nick, Adam Lee Mula Bersuara!

Betul ke Adam Lee dikongkong sepupu sendiri?

Events Mon, 25 Nov 2019

妇唱夫随!李李仁为陶晶莹站台献大马处女唱

陶晶莹演唱会引领全场走入时光隧道,特别嘉宾「姐夫」李李仁也卯足全力,以吉他为爱妻伴奏,随后又开口献唱,夫妇俩携手上演一场游走弹唱的甜蜜戏码!

Trending Sat, 2 Feb 2019

Datuk 75 Tahun Beri ‘Mahar’ Kebun Cengkih

Nikahi Gadis 18 Tahun, Datuk 75 Tahun Beri ‘Mahar’ Kebun Cengkih

LIFESTYLE Mon, 30 Jul 2018

Cantikkan Wajah Dengan Air Cucian Beras

Tidak sangka yang air cucian beras ada kelebihannya terutama pada kecantikan wajah.

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Bunkface Dedikasi ‘Korang’ Untuk Peminat & Sahabat Rapat

Kumpulan rock popular, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul Korang. Korang merupakan dedikasi Bunkface untuk peminat dan sahabat rapat mereka yang tidak pernah Lelah menyokong semenjak hari pertama. “Lagu ini menceritakan mengenai […]

Trending Tue, 26 Nov 2019

“I Pride Myself On Quality” But “Hairs” Were Found in The Conspiracy Palette, Allegedly

So, how does this muti-millionaire beauty vlogger react when allegations of defected products went viral on Twitter?